Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Aras:
Domain:
- Perancangan Sebelum Pengajaran
- Permulaan Pengajaran
- Penyampaian Isi Pelajaran
- Penilaian
- Penutup Pengajaran
- Aktiviti Lanjutan
Perancangan Sebelum Pengajaran
Sukatan Pelajaran:
4.2 Mereka kraf mudah untuk kegunaan tertentu.
4.2.3 Mereka cipta kraf tangan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini:
Membuat bekas untuk alatan tulis.
Objektif:
Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid boleh membuat bekas alat tulis sendiri.
Kemahiran Sedia Ada:
Murid boleh membaca, melipat, mengukur, menggam, menggunting, kenal warna dan kenal alatan tulis.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran:
-Guru memperkenalkan bahan-bahan untuk membuat bekas alat tulis.
-Guru mendemontrasikan terlebih dahulu cara-cara membuat bekas alat tulis iaitu;
a) Pertama, ukur 2 cm lebar di setiap hujung kertas tebal segi empat sama panjang dan garis memanjang.
b) Kedua, susun empat keping kertas tebal segi empat sama panjang di atas meja.
c) Lekatkan tape pelekat di tengah-tengah setiap kertas tebal tersebut sehingga di garisan yang dibuat tadi bagi membentuk menjadi kotak segi empat sama panjang.
d) Kemudian, lipat garisan kertas tebal segi empat sama panjang yang telah digaris tadi.
e) Akhir sekali, letakkan gam di atas lipatan tersebut dan lekatkan di tengah-tengah kertas tebal bersaiz segi empat sama.
-guru minta murid lakukan dan membimbing murid yang lemah.
Bahan Bantu Mengajar:
a) Gam.
b) Gunting.
c) Gam pelekat.
d) "Double tape".
e) pelekat kartun.
f) Satu set siri gambar cara-cara membuat bekas alat tulis.
g) Kertas kotak segi empat sama berwarna merah jambu.
h) Empat keping kertas kotak segi empat sama panjang berwarna biru.
Sokongan Tingkah Laku Positif:
Pelekat kartun digunakan sebagai galakan kepada murid untuk membuat bekas alat tulis sendiri.
Permulaan Pengajaran
Penyampaian Isi Pelajaran
Penilaian
Penutup Pengajaran
1. Guru meminta murid menunjukkan bekas alat tulis masing-masing.
2. Guru mengarahkan murid meletakkan alat tulis masing-masing yang berselerak di atas meja ke dalam bekas alat tulis yang telah mereka hasilkan.
3. Guru memberikan ganjaran sticker kartun seperti yang guru janjikan kepada murid yang berjaya menghasilkan bekas alat tulis sendiri.
4. Guru mengarahkan murid melekat sticker kartun itu pada bekas alat tulis tersebut.
5. Sebagai peneguhan, guru membenarkan murid menyimpan bekas alat tulis masing-masing.









