Diterbitkan Binatang kesayangan - Dido.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Tan Ai Luan

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
A) Kumpulan cergas 1.8 Bercerita secara bebas. 2.10 Membaca ayat mudah. 3.10 Menulis ayat mudah mengikut urutan isi. B) Kumpulan sederhana 1.8 Bercerita secara bebas. 2.8 Membaca perkataan. 3.7 Menulis perkataan. C) Kumpulan lemah 1.8 Bercerita secara bebas. 2.4 Mengingat dan menyebut benda yang telah dilihat.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Menyatakan peristiwa dalam gambar.
Objektif: 
A) Kumpulan cergas 1. Mengisi tempat kosong sekurang-kurangnya empat daripada tujuh dengan perkataan yang sesuai. 2. Padankan rangkai kata sekurang-kurangnya tiga daripada empat dengan betul. 3. Menulis cerita mengikut urutan isi sekurang-kurangnya empat daripada lapan dengan betul. B) Kumpulan sederhana 1. Padankan gambar dengan perkataan sekurang-kurangnya dua daripada tiga dengan betul. 2. Mengisi tempat kosong sekurang-kurangnya dua daripada empat dengan perkataan yang sesuai. C) Kumpulan lemah -Padankan gambar dengan perkataan sekurang-kurangnya dua daripada tiga dengan betul.
Kemahiran Sedia Ada: 
A) Kumpulan cergas -Boleh membaca suku kata, perkataan dan ayat. B) Kumpulan sederhana -Boleh membaca perkataan. C) Kumpulan lemah -Boleh menamakan benda maujud.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Melihat gambar binatang. 2. Memahami cerita. 3. Membaca perkataan. 4. Memadankan kad gambar dengan kad perkataan. 5. Membaca ayat mudah. 6. Aktiviti pemulihan dan pengayaan. a) Kumpulan cerdas -Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. b) Kumpulan sederhana -Padankan rangkai kata awal dengan akhir. c) Kumpulan lemah -Padankan perkataan dengan gambar. 7. Aktiviti membuat lembaran kerja.
Bahan Bantu Mengajar: 
Kad gambar situasi, kad gambar, kad perkataan dan kad ayat.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru menunjukkan gambar binatang iaitu kura-kura, kucing dan arnab.

2. Guru bertanya soalan, "Pernahkan kamu melihat binatang ini?". Murid memberikan jawapan masing-masing.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru mengarahkan murid membaca perkataan "Binatang kesayangan" yang guru tampalkan di papan tulis.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru menunjukkan gambar situasi ”Binatang Kesayangan-Dido“. Guru bercerita tentang situasi dalam gambar itu. 2. Murid mendengar guru bercerita. ” Muthu ada seekor kura-kura. Nama kura-kura itu Dido. Dido tinggal di dalam kolam kecil. Badan Dido sangat keras. Dido suka makan kangkung. Tiap-tiap hari, Muthu beri Dido makan kangkung. Muthu jaga Dido dengan baik. Muthu sayangkan haiwan.“ 3. Guru bertanya soalan-soalan berikut kepada murid; a) "Gambar siapakah ini?". b) "Muthu ada berapa ekor kura-kura?". c) "Apakah nama kura-kura itu?". d) "Apakah yang Dido suka makan?". e) "Di manakah Dido tinggal?". 4. Murid memberikan jawapan-jawapan berikut; a) "Gambar Muthu". b) "Seekor kura-kura". c) "Dido". d) "Kangkung". e) "Kolam kecil".

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menunjukkan kad gambar, murid menyebut nama benda tersebut. 2. Guru menunjukkan kad perkataan, murid membaca perkataan tersebut. 3. Guru menunjukkan kad perkataan dan menyuruh murid membaca perkataan tersebut beberapa kali. 4. Seterusnya guru menyuruh murid cerdas mengeja perkataan tersebut dengan betul (murid pandai perlu eja). 5. Manakala, guru menyuruh murid lemah menunjukkan perkataan yang betul (murid lemah mendiskriminasi perkataan). 6. Guru menjalankan permainan dengan menyuruh setiap murid mengambil sekeping kad. Murid yang mendapat kad gambar kura-kura akan mencari rakan yang mempunyai kad perkataan kura-kura. 7. Murid yang dapat memadankan kad gambar dengan kad perkataan dengan betul akan diberi hadiah.
Langkah Kedua
1. Guru membaca ayat mudah tentang situasi dalam gambar iaitu; a) Muthu ada seekor kura-kura. b) Nama kura-kura itu Dido. c) Dido tinggal di dalam kolam kecil. d) Badan Dido sangat keras. e) Dido suka makan kangkung. f) Setiap hari, Muthu beri Dido makan kangkung. g) Muthu jaga Dido dengan baik. h) Muthu sayangkan haiwan.
Langkah Ketiga
1. Guru menunjukkan kad perkataan, murid membaca dan memadankan perkataan dengan gambar. 2. Seterusnya, guru menunjukkan kad rangkai kata. Murid membaca rangkai kata dengan betul beberapa kali. 4. Guru menyuruh murid memadankan kad rangkai kata awal dengan akhir. 5. Selepas itu, guru tutup beberapa perkataan dan minta murid mengeja perkataan tersebut. 6. Selepas itu, guru menunjukkan kad ayat mudah, murid diminta mengisikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai iaitu; • Muthu ada seekor __________. • Nama kura-kura itu __________.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Guru mengedarkan lembaran kerja. Lembaran kerja dibahagikan kepada tiga bahagian serta mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid masing-masing. 2. Lembaran kerja diedarkan secara berperingkat-peringkat dari mudah ke susah. 3. Guru membimbing murid yang lemah.
Latihan Kendiri
1. Guru menunjukkan kad gambar, murid menyebut nama benda tersebut. 2. Guru menunjukkan kad perkataan, murid membaca perkataan tersebut. 3. Guru menunjukkan kad perkataan dan murid membaca perkataan tersebut beberapa kali. 4. Guru menyuruh murid cerdas mengeja perkataan tersebut dengan betul. 5. Guru menyuruh murid lemah menunjukkan perkataan yang betul. 6. Setiap murid mengambil sekeping kad gambar dan mencari rakan yang mempunyai kad perkataan kura-kura untuk dipadankan.

Penutup Pengajaran

Guru menyuruh murid menceritakan semula situasi dalam gambar.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid boleh menyatakan sesuatu peristiwa yang berlaku melalui gambar dan cerita.

Rujukan

Rujukan: 
Wan Zaharah, Mastura, Suraidah & Norlida. (2008). Dengarlah Sayang-MODUL CERITA KANAK-KANAK (Buku Panduan Mengajar) Langkah 1. Q-Jaya Enterprise Kuantan, Pahang. 113-114.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 4609 kali