Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Aras:
Domain:
- Perancangan Sebelum Pengajaran
- Permulaan Pengajaran
- Penyampaian Isi Pelajaran
- Penilaian
- Penutup Pengajaran
- Aktiviti Lanjutan
Perancangan Sebelum Pengajaran
Sukatan Pelajaran:
4.2 Mereka kraf mudah untuk kegunaan tertentu.
4.2.3 Mereka cipta kraf tangan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini:
Membuat bingkai gambar.
Objektif:
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid boleh membuat bingkai gambar sendiri dan menghiasnya mengikut kreativiti masing-masing.
Kemahiran Sedia Ada:
Murid boleh menggam, menggunting, mengikat tali dan kenal warna.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran:
a) Guru memperkenalkan bahan-bahan untuk membuat bingkai gambar.
b) Melekat gambar.
c) Menghias gambar mengikut kreativiti masing-masing.
d) Menebuk lubang di bahagian tengah atas gambar.
e) Mengikat tali riben pada bingkai gambar.
Bahan Bantu Mengajar:
Gambar, gunting, kertas tebal bersaiz 15 cm x 20 cm, gam 'UHU', tali riben yang telah siap dipotong, penebuk lubang, bahan hiasan iaitu origami bintang, bunga plastik dan kulit kayu manis.
Permulaan Pengajaran
Penyampaian Isi Pelajaran
Penilaian
Penutup Pengajaran
1. Guru meminta setiap murid menunjukkan gambar masing-masing yang telah siap dibuatkan bingkai gambar.
2. Guru memberikan peneguhan berbentuk pujian kepada semua murid kerana berjaya menghasilkan bingkai gambar yang cantik dan menghiasnya mengikut kreativiti masing-masing.
3. Guru membenarkan setiap murid menggantung bingkai gambar mereka di bahagian sudut Pendidikan Seni di dalam kelas.









