Diterbitkan Bingkai Gambar.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Nor Sa'adah Binti Mohamed Masri.

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
4.2 Mereka kraf mudah untuk kegunaan. 4.2.1 Kraf tangan menggunakan bahan semula jadi.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Pelajaran ini adalah membuat bingkai gambar.
Objektif: 
Pada akhir pembelajaran, murid dapat; 1. Membuat bingkai gambar masing-masing. 2. Menghias bingkai gambar masing-masing mengikut kreativiti mereka menggunakan bahan semulajadi. 3. Memasukkan gambar murid ke dalam bingkai gambar.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid pernah melihat bingkai gambar.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Memperkenalkan alatan. 2. Membuat bingkai gambar. 3. Menghias bingkai gambar. 4. Memasukkan gambar ke dalam bingkai gambar.
Bahan Bantu Mengajar: 
1. Kertas keras berbentuk gambar. 2. Gam UHU. 3. Gunting. 4. Plastik. 5. Riben. 6. Tali. 7. "Double-sided". 8. Hiasan (kulit kerang, bunga lawang, kulit kayu manis, bunga kering dan kacang hijau).

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Guru menunjukkan bingkai gambar di dalam kelas. Guru menyoal murid cantik atau tidak bingkai gambar tersebut. Murid menjawab pandangan mereka tentang bingkai gambar.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Guru menunjukkan beberapa keping gambar kepada murid. Gambar tersebut adalah gambar setiap murid dalam kelas inovasi. 2. Guru menyoal, "Gambar siapa?" sambil menunjukkan gambar kepada murid. Murid menjawab gambar yang ditunjukkan oleh guru.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru menyatakan bahawa setiap murid ada gambar. Murid melihat gambar masing-masing. 2. Guru menyoal murid di mana hendak meletakkan gambar. Murid menjawab di dalam album gambar atau bingkai gambar. 3. Guru menyatakan pelajaran hari ini iaitu membuat bingkai gambar. Guru menunjukkan bingkai gambar yang telah siap. 4. Guru menyatakan foto murid akan dimasukkan dalam bingkai gambar yang akan dihasilkan.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
-Memperkenalkan alatan 1. Guru menunjukkan alatan yang akan digunakan untuk membuat bingkai gambar. Murid melihat alatan. 2. Guru menyebut nama alatan satu persatu. Murid mengikut guru menyebut nama alatan. 3. Guru menyebut nama alatan dan minta murid tunjuk alatan. 4. Kemudian, guru menunjuk alatan dan minta murid sebut nama alatan tersebut. 5. Guru membimbing murid membuat aktiviti.
Langkah Kedua
A) Membuat bingkai gambar 1. Guru menunjukkan kertas keras berbentuk hati kepada murid. Guru memberikan setiap murid dua keping kertas keras berbentuk hati. 2. Kemudian, guru memberikan plastik untuk bingkai gambar. Guru menyuruh murid melekatkan plastik pada salah satu kertas berbentuk hati tadi. 3. Murid melekatkan plastik pada kertas berbentuk hati dengan bimbingan guru. 4. Guru menyuruh murid mencantumkan kedua-dua kertas berbentuk hati tersebut. 5. Murid mencantumkannya dengan bimbingan guru. 6. Siaplah peringkat pertama bingkai gambar. B) Menghias bingkai gambar. 1. Guru menyuruh murid menghias bingkai gambar. Setiap murid mendapat barang hiasan untuk menghias bingkai. 2. Guru membimbing murid menghias bingkai. Murid menghias bingkai mengikut kreativiti masing-masing. 3. Guru menunjukkan contoh bingkai yang telah siap. 4. Guru membimbing murid meletakkan riben sebagai alat penggantung pada bahagian atas bingkai. 5. Murid meletakkan riben pada bingkai gambar mereka yang telah siap supaya boleh digantung.
Langkah Ketiga
-Memasukkan gambar ke dalam bingkai gambar. 1. Guru membimbing murid mengukur gambar untuk dimasukkan ke dalam bingkai gambar. 2. Murid mengukur kesesuaian saiz gambar dengan bingkai. 3. Guru menyuruh murid memotong gambar dengan saiz yang telah diukur tadi. 4. Murid memotong gambar dengan bimbingan guru. 5. Guru menyuruh murid memasukkan gambar ke dalam bingkai masing-masing. 6. Murid memasukkan gambar mereka ke dalam bingkai gambar yang telah disiapkan.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Rujuk pada langkah satu, langkah dua dan langkah tiga di atas.
Latihan Kendiri
Rujuk pada langkah tiga nombor tiga di atas.

Penutup Pengajaran

1. Guru menyuruh murid menggantung bingkai gambar masing-masing. 2. Guru menilai bingkai gambar yang paling cantik dan menarik. 3. Murid yang menghasilkan bingkai gambar yang cantik mendapat ganjaran daripada guru. 4. Guru merumuskan isi pelajaran.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid boleh membuat bingkai gambar sendiri.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 3745 kali