Diterbitkan Buah-buahan (mengenal warna).

Penulis: 
Nur Ifadah bt Halil, Tg. Nur Akmarini bt Tg. Chek & Nor Sa'adah bt Mohamed Masri.

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
1.1 Mengenal dan menamakan benda di sekeliling murid.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
a) Murid dapat mengenal buah-buahan. b) Murid dapat mengenal warna buah-buahan.
Objektif: 
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat; a) Mengenal nama buah epal, buah pisang dan buah oren. b) Mengenal warna buah epal, buah pisang dan buah oren.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid pernah makan buah-buahan.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Mengenal nama buah-buahan. 2. Mengenal warna buah-buahan. 3. Diskriminasi warna buah-buahan. 4. Menyambung garisan titik-titik untuk membentuk gambar buah. 5. Mewarnakan gambar bentuk buah yang telah siap dibentuk.
Bahan Bantu Mengajar: 
Benda maujud (buah epal, buah pisang dan buah oren), kad gambar buah-buahan, kad warna, warna krayon dan lampiran kerja.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru memasukkan buah epal, buah pisang serta buah oren ke dalam kotak sebelum sesi pengajaran.

2. Guru mengarahkan setiap murid mengambil sebiji buah di dalam kotak tersebut dan memberitahu nama buah itu.

3. Guru meminta murid menyebut nama buah-buahan tersebut secara beramai-ramai.

4. Kemudian, guru bertanya kepada murid sama ada mereka pernah makan buah-buahan tersebut.

5. Setiap murid memberikan jawapan masing-masing.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru meminta murid memberitahu rasa buah epal, buah pisang dan buah oren.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru memberitahu hari ini murid akan belajar mengenal warna buah-buahan sambil guru menunjukkan satu persatu buah-buahan yang di maksudkan (buah epal, buah pisang dan buah oren).

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menunjukkan satu persatu buah-buahan itu dan menyebut warna buah-buahan tersebut. 2. Guru meminta murid secara beramai-ramai memberitahu warna buah yang guru tunjukkan di hadapan. 3. Kemudian, guru mengarahkan setiap murid secara individu menyebut semula warna buah yang guru tunjukkan kepada murid berkenaan. 4. Guru dan murid bersama-sama menyebut satu persatu warna buah yang berada di hadapan sambil guru melekatkan kad gambar buah-buahan itu di papan tulis.
Langkah Kedua
1. Guru menunjukkan kad warna merah, kuning dan oren sambil menyebut nama setiap warna tersebut. 2. Guru memilih secara rawak beberapa orang murid dan meminta mereka memadankan kad warna dengan kad gambar buah epal, buah pisang atau buah oren di papan tulis.
Langkah Ketiga
1. Guru melekatkan pula gambar buah epal, pisang dan buah oren yang tidak berwarna di papan tulis dan meminta murid memberitahu nama buah itu. 2. Guru meminta beberapa orang murid memadankan gambar buah-buahan yang tidak berwarna itu dengan kad warna. 3. Murid yang berjaya memadankan gambar buah yang tidak berwarna dengan kad warna yang betul akan diberikan buah yang sebenar.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Guru memberi murid gambar buah-buahan (garisan titik-titik). 2. Guru menyuruh murid menyambung garisan titik-titik tersebut (guru membimbing murid yang lemah).
Latihan Kendiri
Guru mengarahkan setiap murid mewarna gambar buah-buahan yang telah dilengkapkan.

Penutup Pengajaran

1. Guru meminta murid menyebut semula nama buah-buahan yang di pelajari tadi. 2. Guru menunjukkan buah epal, buah pisang dan buah oren satu demi satu sambil meminta murid beramai-ramai menyebut warna buah-buahan tersebut. 3. Guru merumuskan pelajaran hari ini.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
1. Murid dapat mengenal warna buah epal, buah pisang dan buah oren. 2. Aktiviti lanjutan, guru akan mengajar bentuk buahan-buahan tersebut.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 8852 kali