Diterbitkan BUAH-BUAHAN TEMPATAN

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
MARIANA DAN NURAFIDAH

Perancangan Sebelum Pengajaran

Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Mengenal perkataan
Objektif: 
Di akhir pembelajaran murid dapat: 1) Menyatakan nama buah-buahan tempatan. 2) Menyebut ciri-ciri buah-buahan tempatan. 3) Membezakan buah-buahan tempatan.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid pernah makan buah-buahan tempatan

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru memberitahu murid maksud buah-buahan tempatan.
2. Guru bertanya kepada murid buah-buahan tempatan yang murid pernah makan.
3. Guru meminta murid memberi tumpuan terhadap video yang akan ditayang.
4. Guru menayangkan video di dalam kelas.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Murid memberitahu guru buah-buahan tempatan yang mereka tahu. 2.Murid menyatakan buah-buahan tempatan yang pernah dimakan.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru meminta murid menyatakan buah-buahan tempatan yang dilihat di dalam video. 1. Murid menyatakan buah-buahan tempatan yang dilihat dalam video.
Langkah Kedua
1. Guru menunjukkan gambar buah-buahan di slide dan meminta murid mengeja serta menyebut nama buah-buahan tempatan tersebut. 2. Guru meminta murid menjawab kuiz yang disediakan di dalam slide. 1. Murid melihat gmbar buah-buahan tempatan dan mengeja serta menyebut nama buah-buahan tersebut. 2. Murid menjawab kuiz yang terdapat dalam slide.
Langkah Ketiga
1. Guru menunjukkan kad gambar buah-buahan tempatan kepada murid. 2. Guru meminta murid menyebut nama buah berdasarkan  gambar buah-buahan tempatan yang di tunjuk. 1. Murid menyebut nama buah-buahan tempatan yang ditunjuk oleh guru.

Penutup Pengajaran

1. Guru memberi lembaran kerja kepada murid. 2. Guru meminta murid menyiapkan latihan dalam masa 15 minit. 3. Guru menerangkan kepada murid arahan untuk membuat latihan. 4. Guru membantu murid yang memerlukan bimbingan. 5. Guru membuat kesimpulan dengan menyatakan kelebihan memakan buah-buahan tempatan. 1. Murid membuat latihan yang diberikan guru dalam masa yang ditetapkan.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 1267 kali