Diterbitkan Cara Membuka dan Memakai Pakaian.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Pentadbiran ePKhas

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
1.3 Membuka dan memakai pakaian tanpa bantuan. 1.3.3. Prosedur memakai pakaian. -Pakaian berbutang .
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid akan di latih untuk memakai pakaian yang berbutang dengan betul.
Objektif: 
Membolehkan murid memakai pakaian berbutang dengan betul.
Kemahiran Sedia Ada: 
Tahu kegunaan pakaian asas.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Letakan baju di atas meja, hadapan baju menghadap ke atas. 2. Capai baju dengan kedua tangan di kolar baju. 3. Palingkan baju menghadap pemakai. 4. Masukkan tangan kanan menyilang ke lubang lengan baju. 5. Kemudian, masukkan tangan kiri pula. 6. Rapatkan butang dengan lubangnya. 7. Masukkan butang ke lubang baju menggunakan kedua-dua jari tangan. 8. Setelah siap, tarik ke bawah supaya kemas.
Bahan Bantu Mengajar: 
Gambar dan pakaian sebenar serta kad imbasan.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Tayangkan video murid sedang memakai pakaian yang berbutang. Murid atau guru beri komen apa masalah yang di hadapi oleh murid.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Mengingat kembali pakaian asas.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Jelaskan apa yang akan di pelajari iaitu belajar cara memakai baju yang berbutang.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
Sediakan gambar bagi setiap langkah di bawah. Tunjukkan gambar sebelum murid melakukan aktiviti dalam langkah-langkah berikut; 1. Ambil baju sekolah lengan pendek. Buka butangnya dan hamparkan di atas meja, kolar baju berhampiran dengan tepi meja dan hampir dengan model yang akan digunakan. 2. Tanya murid apa langkah seterusnya, dan bandingkan jawapan dengan gambar. 3. Bantu model secara lisan atau fizikal membongkok untuk mengambil bajunya. 4. Tanya di mana perlu baju dipegang. Bandingkan jawapan murid dengan gambar seterusnya. 5. Beri peneguhan sekiranya jawapan dapat di terima. Format ini diteruskan hingga akhir aktiviti.
Langkah Kedua
Murid mengikuti langkah-langkah berdasarkan gambar yang di berikan serta melalui bimbingan guru. 1. Pegang baju di kolar dengan dengan kedua-dua belah tangan, hadapan baju bertentangan dengan badan. 2. Lepaskan pegangan di kolar sebelah kanan dan masukan tangan kanan ke lengan baju sebelah kiri. Masukkan tangan hingga sampai ke hujung serta tarik baju ke atas bahu kanan. 3. Tangan kanan pegang baju sebelah hadapan sambil itu masukkan tangan kiri ke lubang baju sebelah kiri. 4. Masukan tangan kiri hingga sampai ke hujung. Tarik lengan baju rapat ke atas bahu kiri dengan tangan kanan. 5. Gunakan kedua belah tangan untuk merapatkan butang dengan lubangnya. 6. Butangkan baju menggunakan kedua-dua tangan. 7. Setelah siap, tarik baju ke bawah supaya nampak kemas.
Langkah Ketiga
1. Setiap murid disediakan dengan satu set siri gambar aktiviti ‘memakai baju berbutang’. 2. Murid susun di atas meja mengikut urutan yang betul. Guru atau rakan murid boleh memeriksa untuk memastikan susunan yang di buat adalah betul. 3. Jika murid membuat kesilapan, minta jelaskan mengapa disusun begitu. Terima jika sesuai dan betulkan jika perlu.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru membimbing murid semasa mengikuti langkah-langkah memakai baju yang berbutang berdasarkan gambar yang di beri.
Latihan Kendiri
Membuat latihan amali berpandukan carta gambar aktivit memakai baju yang berbutang. Tumpuan diberi kepada kemahiran membutang baju dan penggunaan motor halus.

Penutup Pengajaran

Guru meminta murid menyusun gambar mengikut urutan aktiviti. Beri peneguhan kepada murid yang dapat menyusunnya dengan tepat dan cepat.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Membutang pakaian dari jenis yang lain. Contohnya, baju kemeja biasa.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 5191 kali