Diterbitkan Copan (cop daun)

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Khadijah Awaf

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
2. Membuat corak dan rekaan 2.1 Mereka corak 2.1.1 Secara bebas 2.1.1 Secara terancang
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Pengajaran hari ini bertujuan mendedahkan pelajar tentang teknik mencorak menggunakan kaedah cop berasaskan bahan yang berada di sekeliling kita iaitu daun.
Objektif: 
i. Pada akhir pengajaran, murid dapat meletakkan warna air pada daun dan mengecop daun tersebut ke atas kertas yang di sediakan dengan bimbingan guru. ii. Pada akhir pengajaran, murid boleh menghasilkan corak cop mengikut idea masing-masing dengan bimbingan guru.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid boleh mengenal warna dan menampal.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
a. Kumpul daun yang mempunyai urat yang timbul. b. Meletakkan warna air ke atas daun. c. Melekapkan 'cop' daun yang telah di sapu dengan warna air ke atas kertas lukisan. d. Menyusun daun yang ingin di cop supaya menjadi corak yang kreatif. e. Menghias corak tersebut dengan membuat bingkai pada kelilingnya agar kelihatan lebih menarik.
Bahan Bantu Mengajar: 
1. Kertas lukisan 2. Daun 3. Warna air 4. Berus lukisan

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru meminta murid- murid beratur di hadapan bilik darjah mereka.

2. Guru menerangkan kepada murid-murid bahawa mereka akan di bawa berjalan di sekeliling kawasan
taman sekolah dan perlu mematuhi peraturan yang telah di tetapkan semasa berada di luar bilik
darjah.

3. Murid-murid perlu berjalan dan menghayati tentang tumbuhan yang ada di kawasan taman sekolah.

4. Murid-murid perlu mencari tiga nama tumbuhan yang terdapat di taman tersebut, jenis tumbuhan dan
warna tumbuhan tersebut.

5. Murid perlu mendapatkan tiga helai daun yang mempunyai urat yang timbul.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru bertanya kepada murid warna daun yang masih hidup dan warna daun yang telah gugur dari dahannya.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru memberitahu murid bahawa mereka akan membuat corak cop daun untuk pelajaran hari ini dan guru juga menunjukkan contoh corak cop daun yang telah siap.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
a. Setelah kembali ke dalam kelas, guru bersoal jawab bersama dengan murid tentang aktiviti yang telah mereka lakukan tadi. b. Guru meminta murid menceritakan hasil yang telah mereka dapat semasa berjalan di sekeliling kawasan sekolah. c. Guru menerangkan tentang kepentingan tumbuhan hijau kepada manusia.
Langkah Kedua
a. Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan bagi memudahkan pembahagian barangan keperluan. b. Guru menerangkan tentang keselamatan penggunaan alatan sewaktu pengajaran dan pembelajaran di jalankan. c. Guru mengedarkan bahan-bahan yang di perlukan untuk membuat cop daun. d. Guru menerangkan apa yang perlu dilakukan sewaktu menghasilkan corak menggunakan cop daun. e. Guru menunjukkan bahan-bahan untuk membuat cop daun; i. Kertas lukisan. ii. Warna air. iii. Berus lukisan. iv. Guru menyediakan bekas yang berisi warna air.
Langkah Ketiga
a. Guru menunjukkan cara-cara untuk meletakkan warna air ke atas daun yang telah mereka kumpulkan. b. Guru menunjukkan cara-cara meletakkan daun yang telah di letakkan warna tadi di atas kertas lukisan. c. Guru membuat corak daripada cop tersebut. d. Setelah guru menunjukkan cara-cara membuat corak daripada cop daun, guru meminta murid-murid melakukan melakukan perkara yang sama iaitu; i. Murid menyediakan bekas yang berisi warna air. ii. Murid meletakkan warna air di atas daun. iii. Murid meletakkan daun yang telah di letakkan warna di atas kertas lukisan mengikut kreativiti masing-masing. e. Murid membuat corak daripada cop tersebut; i. Guru meminta murid menghias corak yang telah di buat tadi dengan melukis bingkai supaya nampak lebih kemas. ii. Guru memantau murid membuat hiasan dengan betul dan menarik.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Guru menunjukkan cara-cara meletakkan warna air ke atas daun. 2. Guru menunjukkan cara-cara meletakkan daun yang di warna tadi di atas kertas lukisan.
Latihan Kendiri
1. Murid menyediakan bekas yang berisi warna air. 2. Murid meletakkan warna air di atas daun. 3. Murid meletakkan daun berwarna ke atas kertas lukisan mengikut kreativiti masing-masing.

Penutup Pengajaran

i. Guru meminta murid-murid menerangkan aktiviti pengajaran yang telah mereka pelajari tadi. ii. Murid menyebutkan semua langkah yang telah mereka pelajari. iii. Murid juga menceritakan pengalaman mereka ketika mengutip daun-daun pada awal pengajaran.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid boleh mencetak sesuatu untuk di jadikan perhiasan ataupun hiasan pada pakaian.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 2567 kali