Untuk terbitan Daya dan Gerakan

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Sabrinna binti Amat Dusin

Perancangan Sebelum Pengajaran

Objektif: 
1. Mengetahui tentang daya dan gerakan secara asas. 2. Menyatakan tentang elektrostatik, geseran, graviti, magnetik dan kelajuan.
Kemahiran Sedia Ada: 
1. murid-murid mengetahui serba sedikit tentang ABM yang digunakan, contohnya : air dan belon serta guli.
Bahan Bantu Mengajar: 
Belon, Air mineral ( di dalam botol ), Guli, Bekas Plastik, Kotak ( sebagai troli ), Kertas ( 2 Permukaan yang berbeza ), Kain, Epal dan magnet ( tidak digunakan ).

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru menerangkan tajuk pengajaran yang baru dengan memberikan penjelasan yang ringkas agar mudah difahami.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
Langkah 1. 1. Guru menggunakan alatan seperti belon dan kain. 2. Guru memberi peluang kepada murid untuk menyentuh ABM. 3. Guru meminta murid mencuba eksperimen tersebut. Langkah 2. 1. Guru menggunakan alatan seperti kertas yang mempunyai dua permukaan yang berbeza, iaitu permukaan licin dan permukaan kasar. 2. Murid menyentuh permukaan kertas tersebut menggunakan tangan. 3. Guru memberi peluang kepada murid untuk menyentuh ABM. 4. Murid diberi peluang untuk mencuba eksperimen tersebut. Langkah 3. 1. Guru menggunakan alatan seperti air, epal dan baldi. 2. Guru memberi murid peluang untuk mencuba eksperimen tersebut. Langkah 4. 1. Guru menggunakan alatan seperti magnet. 2. Guru memberi peluang kepada murid untuk menyentuh ABM. 3. Guru memberi peluang kepada murid untuk mencuba eksperimen tersebut. Langkah 5. 1. Guru menggunakan alatan seperti kotak yang digunakan sebagai troli dan guli. 2. Menggunakan kotak sahaja sebagai bahan yang pertama. 3. Menggunakan guli sebagai bahan kedua. 4. Guru memberi peluang kepada murid untuk menyentuh ABM. 5. Guru memberi murid mencuba eksperimen tersebut.

Penutup Pengajaran

Pengukuhan. Murid memberi respon dan bertanya soalan.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 876 kali