Diterbitkan EMOSI

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
SITI ARYIANA DAN NUR SUHADA

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Emosi
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid dapat menulis dan melakonkan emosi yang diajar oleh guru.
Objektif: 
Kumpulan aras sederhana Di akhir pembelajaran, murid dapat : i- Murid dapat melakonkan semula emosi marah, sedih dan gembira di hadapan kelas. ii- Murid dapat menulis 3 ayat pendek berdasarkan emosi marah, sedih dan gembira. Di akhir pembelajaran, murid dapat: i- Murid dapat memadankan gambar emosi berdasarkan kad gambar. ii- Murid dapat menyusun ayat pendek mengenai emosi marah, sedih dan gembira.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid tahu akan reaksi muka atau emosi dalam kehidupan seharian.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
Analisis Tugasan i- Sebuah cerita Si Kacang kehilangan Ibunya” yang mempunyai perkataan atau emosi marah, sedih dan gembira ketika cerita itu. ii- Ayat mudah cerita Si Kacang Kehilangan Ibunya. a) Si kacang sudah besar dan ibunya membenarkan si kacang bermain dengan rakannya. b) Si Kacang sangat gembira kerana diberi kebebasan oleh ibunya. c) Si kacang mula lupa diri dan selalu pulang lewat ke rumah kerana seronok bermain. Si kacang sering dimarahi oleh ibunya hingga menyebabkab dia marah akan ibunya. d) Ibu si kacang sakit tetapi si kacang tidak mempedulikan ibunya. e) Akhirnya, ibu si kacang jatuh sakit dan mati. Si kacang sangat sedih akan kehilangan ibunya.
Bahan Bantu Mengajar: 
Alat Bantu Mengajar: Video, powerpoint, kad gambar, lembaran kerja.
Sokongan Tingkah Laku Positif: 
Memberi ganjaran positif seperti bintang, memuji murid jika mereka memberi tumpuan di dalam kelas.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Set Induksi (5 minit)
Murid mendengar  dan menonton video yang ditunjukkan oleh guru.

2. Perkaitan dengan pengajaran lalu
Guru meminta murid mengimbas kembali pelajaran lalu mengenai adab dan tatasusila.

3. Memperkenalkan Pelajaran
Guru menerangkan bahawa murid akan dibimbing oleh guru untuk menulis ayat mengenai emosi yang diajar oleh guru.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Memodel (10 minit) Guru menceritakan sebuah cerita mengenai Si Kacang yang kehilangan ibunya; sambil melakonkan emosi marah, sedih dan gembira ketika bercerita. Guru meminta murid mendengar dengan penuh perhatian dan mengenal pasti emosi yang dilakonkan oleh guru.

EMOSI

Murid dapat menulis dan melakonkan emosi yang diajar oleh guru

Langkah Kedua
2. Membimbing (10 minit) Guru melakukan mimik muka emosi sedih,gembira dan marah. Guru meminta murid melakukan semula mimik muka emosi sedih, gembira dan marah di hadapan kelas. i- Membezakan aktiviti mengikut aras kumpulan: Guru menayangkan powerpoint dan melekatkan kad gambar emosi di papan putih sesuai dengan aras kanak-kanak. Aras rendah Aras sederhana - Murid dibimbing oleh guru untuk memadankan gambar emosi marah, sedih dan gembira di papan putih. - Murid dibimbing oleh guru untuk mengklik pada powerpoint berdasarkan gambar emosi dengan frasa ayat mudah.
Langkah Ketiga
3. Mencuba (10 minit) i- Murid dinilai berdasarkan lembaran kerja yang diberikan oleh guru. Guru akan membimbing apabila bantuan diperlukan. Aras rendah Aras sederhana - murid diminta untuk menyusun    ayat pendek berkaitan emosi marah,sedih, dan juga gembira. -`murid diminta untuk menulis 3 ayat pendek mengenai emosi marah,sedih dan juga gembira. Murid boleh merujuk kepada powerpoint yang disediakan.

Penutup Pengajaran

Penutup (5 minit) Aktiviti berikut akan diulang jika ada masa. Aras rendah Aras sederhana - semasa murid aras sederhana membaca, murid aras rendah akan menampal ayat yangdisusun pada papan putih. - seorang murid diminta untuk membaca ayat yang ditulisnya.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Guru akan memilih masa yang sesuai untuk murid melakonkan semula cerita mengenai “ Si Kacang yang kehilangan Ibunya” sambil membuat mimik muka sedih, gembira dan marah.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 1635 kali