Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Aras:
Domain:
- Perancangan Sebelum Pengajaran
- Permulaan Pengajaran
- Penyampaian Isi Pelajaran
- Penilaian
- Penutup Pengajaran
- Aktiviti Lanjutan
Perancangan Sebelum Pengajaran
Sukatan Pelajaran:
(5) Gabungan Dua Operasi: Membolehkan murid
5.1 Membina cerita
5.1.1 Pembinaan ayat matematik daripada cerita.
5.2 Menyelesaikan masalah yang melibatkan
gabungan dua operasi
5.2.2 Operasi tambah dan tolak dalam lingkungan
fakta asas
Deskripsi Pelajaran Hari Ini:
Murid dapat menyelesaikan gabungan dua operasi iaitu tambah ( + ) dan tolak ( - ) dengan betul.
Objektif:
1.Apabila diberi lembaran kerja, murid dapat menjawab enam soalan yang diberikan dengan menggunakan kad dot nombor dengan betul (dengan bimbingan guru)
2.Apabila diberi soalan POP MATH, murid dapat menjawab dua soalan yang diberi dengan menggunakan kad dot nombor dengan betul. (tanpa bimbingan guru)
Kemahiran Sedia Ada:
Murid mengenal nombor 1 hingga 9
Murid sudah dapat menyelesaikan operasi tambah “ + ”
Murid sudah dapat menyelesaikan operasi tolak “ - “
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran:
1. Mengenal nombor 1 hingga 9
2. Menyelesaikan operasi tambah “+”
3. Menyelesaikan operasi tolak “ - ”.
4. Memahami konsep gabungan dua operasi iaitu operasi “+” dan “ - ”
5. Menyelesaikan operasi tambah dahulu kemudian operasi tolak.
6. Menyelesaikan gabungan dua operasi dengan menggunakan kad dot nombor dengan bimbingan guru.
7. Menyelesaikan gabungan dua operasi dengan menggunakan kad dot nombor tanpa bimbingan guru
Bahan Bantu Mengajar:
Kad Dot Nombor, Sampul surat, lembaran kerja.
Permulaan Pengajaran
Penyampaian Isi Pelajaran
Penilaian
Penutup Pengajaran
1. Guru dan pelajar berbincang jawapan latihan kendiri
2. Guru membetulkan jawapan pelajar(jika terdapat kesalahan)
3. Guru menyuruh pelajar membuat pembetulan(jika terdapat kesalahan)
operasi + - lampiran 3
Murid dapat menyelesaikan gabungan dua operasi iaitu tambah ( + ) dan tolak ( - ) dengan betul.









