Diterbitkan Haiwan Peliharaan

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Afida binti Md Hussin

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
5.1.1 Mengenal pasti jenis-jenis haiwan peliharaan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Pelajaran hari ini untuk mengenal haiwan peliharaan ( haiwan yang jinak)
Objektif: 
Pada akhir pelajaran, murid dapat; a) Menyatakan maksud haiwan peliharaan. b) Menyebut nama haiwan peliharaan. c) Mengenal tempat tinggal haiwan peliharaan.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid kenal haiwan seperti ayam, kucing dan itik.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Guru berbincang dan menyoal murid mengenai haiwan peliharaan. 2. Murid diminta menyebut nama haiwan yang terdapat di rumah mereka.
Bahan Bantu Mengajar: 
Kad Perkataan dan kad gambar.
Sokongan Tingkah Laku Positif: 
Tepukan kepada murid yang berjaya. Guru akan mengambil murid dengan gaya yang menarik sebagai kucing yang comel.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan.

2. Guru membuat empat teka-teki, siapa yang boleh menjawab dahulu dikira pemenang. Teka teki tersebut ialah;
a) Makan ikan.
Minum susu.
Ada misai panjang. (Jawapan: Kucing).

b) Gigi dua batang yang besar dihadapan.
Makan lobak. (Jawapan: Arnab).

c) Haiwan ada dua kaki.
Boleh terbang tinggi dan bersayap. (Jawapan: Burung).

d) Tinggal di dalam air.
Badan bersisik. (Jawapan: Ikan).

Tepukan kepada pemenang dan guru memuji semua murid berani mencuba

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Guru membincangkan teka-teka teki dengan murid tentang haiwan peliharaan. 2. Guru bersoal jawab dengan murid haiwan yang terdapat di rumah mereka. 3. Guru juga mengimbas pengalaman pengajaran lepas iaitu haiwan di air.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru bertanya murid, "Teka-teki tadi berkaitan apa?". 2. Guru meminta semua murid menyebut kembali nama-nama binatang tadi. 3. Guru bertanya lagi, "Ada sesiapa memelihara binatang ini di rumah?", sambil guru menunjukkan contoh-contoh gambar haiwan peliharaan. 4. Guru menjelaskan isi pelajaran hari ini, iaitu haiwan peliharaan.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru meminta semua murid mendengar dengan teliti penerangan mengenai maksud haiwan peliharaan iaitu haiwan yang dipelihara sebagai hobi. 2. Guru menyatakan haiwan peliharaan ada dua jenis iaitu haiwan di darat dan haiwan di air. 3. Guru bertanya kembali maksud haiwan peliharaan dan jenis haiwan peliharaan. 4. Guru meminta murid memberitahu haiwan yang mereka suka pelihara.
Langkah Kedua
1. Guru meminta semua murid mendengar dengan teliti nama haiwan peliharaan yang ingin ditunjukkan oleh guru. 2. Guru lekatkan kad perkataan haiwan di darat kemudian haiwan di air. 3. Guru lekatkan kad perkataan kucing. Guru meminta seorang murid pilih gambar kucing dan lekatkan ditepi kad perkataan serta sebut kembali dan murid lain ikut. Guru bertanya kepada murid, "Kucing makan dan minum apa?". 4. Guru lekatkan kad perkataan arnab. Guru meminta seorang murid pilih gambar arnab dan lekatkan ditepi kad perkataan serta sebut kembali dan murid lain ikut. Guru menyoal murid, "Arnab pula makan apa?". 5. Guru lekatkan kad perkataan burung. Guru meminta seorang murid pilih gambar burung dan lekatkan di tepi kad perkataan serta sebut kembali dan murid lain ikut. Guru bertanya lagi, "Burung makan apa?". 6. Guru lekatkan kad perkataan haiwan di air iaitu ikan . Guru mengarahkan seorang murid pilih gambar ikan dan lekatkan di tepi kad perkataan serta sebut kembali, murid lain ikut. Guru bertanya kepada murid "Ikan makan apa?".
Langkah Ketiga
1. Guru lekatkan kad gambar bakul kucing, sangkar arnab, sangkar burung dan balang ikan. 2. Guru menerangkan haiwan peliharaan perlu dijaga dengan baik dan sediakan tempat yang sesuai bagi haiwan tersebut. 3. Guru memadankan gambar haiwan dan tempat tinggal mereka iaitu kucing dalam bakul kucing, arnab dalam sangkar arnab, burung dalam sangkar burung dan ikan dalam balang ikan. 4. Guru membuat aktiviti iaitu memilih dua haiwan iaitu haiwan di darat dan di air. Haiwan di darat kucing, manakala haiwan di air adalah ikan. 5. Murid diminta buat dua kumpulan melalui cabutan undi. Kumpulan yang dapat kucing dikehendaki menghias bakul kucing, manakala yang dapat ikan menghias balang ikan. 6. Setiap kumpulan diminta bekerjasama menghias dengan bahan yang disediakan oleh guru. Kumpulan yang siap dahulu diminta angkat tangan dan sebut nama haiwan dan tempat tinggal haiwan tersebut. 7. Tepukan kepada pemenang dan semua murid.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru memberikan lembaran kerja kepada semua murid iaitu menjawab soalan berdasarkan gambar sambil dibimbing guru. Selain itu, murid boleh berbincang sesama mereka jawapan tersebut.
Latihan Kendiri
Guru menguji ingatan murid dengan meminta murid menyimpan latihan kerja, kad gambar dan kad perkataan yang terdapat di papan putih. Guru meminta murid seorang demi seorang cuba menjawab balik latihan tadi.

Penutup Pengajaran

Semua murid mendapat pujian daripada guru. Guru mengambil gambar setiap murid sebagai peneguhan dengan meminta murid beraksi seperti kucing, arnab, burung dan ikan.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Melalui pengajaran ini, murid dapat aplikasi kepada kehidupan seharian mereka iaitu murid dapat mengetahui haiwan yang boleh dipelihara di rumah mereka dan dapat menguruskan tempat tinggal haiwan tersebut dengan baik.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 12450 kali