Diterbitkan Hormat-menghormati

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Akmaniza binti Mohd dan Anis Diana binti Supraaai

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
4.0 Sikap Hormat-menghormati 4.1 Mengamalkan sikap hormat menghormati 4.1.1 Hormat Menghormati dalam kehidupan seharian
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Pengajaran hari ini berkaitan amalan sikap menghormati orang lain.
Objektif: 
1 ) Murid dapat menunjukkan cara menghormati melalui lakonan. 2 ) Murid dapat menyatakan cara-cara lain untuk menghormati orang (ibu bapa, guru, kawan-kawan dsb)
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid boleh membaca ayat mudah dan pendek
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Guru memilih seorang murid yang bermasalah tingkah laku. 2. Guru menerangkan situasi yang menjadi kesalahan ke atas murid tersebut. 3. Guru memodelkan cara hormat yang betul. Contoh: angkat tangan ketika menjawab soalan,atau tumpu perhatian di dalam kelas. 4. Murid demontrasi cara menjawab soalan dengan betul. 5. Murid aplikasi cara menghormati guru dengan betul.
Bahan Bantu Mengajar: 
1 ) Power point 2 ) Video hormat menghormati 3 ) Lembaran Kerja 4 ) Komputer
Sokongan Tingkah Laku Positif: 
Peneguhan positif akan diberikan kepada murid yang berjaya mengawal tingkah laku dengan baik.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

- Guru menunjukkan video berkenaan dengan hormat menghormati dan menyuruh murid memberitahu isi video tersebut.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
- Guru meminta murid membaca perkataan yang terdapat dalam video tersebut.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
- Guru memberitahu murid hari ini mereka akan mempelajari cara memupuk sikap hormat menghormati.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1 ) Guru menunjukkan slide power point berkenaan dengan sikap hormat menghormati. Di dalam slide tersebut, terdapat 3 menu utama iaitu konsep hormat menghormati, cerita, dan latihan. 2 ) Guru memberitahu maksud sikap hormat menghormati. 3 ) Guru menanyakan kepada murid berkenaan maksud sikap hormat menghormati
Langkah Kedua
1 ) Guru menunjukkan gambar-gambar bagaimana sikap hormat menghormati di tunjukkan sesama manusia. 2 ) Guru meminta murid melakonkan watak seperti gambar yang di tunjukkan. 3 ) Guru membantu murid jika murid tidak dapat melakonkan watak.
Langkah Ketiga
1) Guru bersoal jawab dengan murid. 2 ) Guru memberikan peneguhan jika murid dapat menjawab soalan dan memberikan pujian.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
- Guru memberikan bimbingan kepada murid ketika menerangkan cara-cara menghormati orang lain dalam soal jawab. a. hormat kepada guru b. hormat sesama rakan c. hormat kepada ibu bapa
Latihan Kendiri
- Murid dapat melakonkan watak dan membuat latihan yang disediakan.

Penutup Pengajaran

- Guru merumuskan pengajaran hari ini. - Minta murid menunjukkan cara menghormati guru, rakan, dan ibu bapa melalui main dengan betul. - Peneguhan diberikan kepada murid yang berjaya.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
- Guru meminta murid menyenaraikan tingkah laku tidak menghormati orang lain sebelum ini.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 4766 kali