Diterbitkan Huruf Konsonan (Bb).

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Che Rahmah binti Ahmad Fauzi

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
3.3 Mengenal dan mengecam bentuk dan bunyi huruf pada simbol yang dilihat. 6.1 Mengenal, menekap, meniru bentuk huruf, suku kata dan perkataan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Isi pelajaran pada hari ini ialah mengenal bentuk huruf konsonan ‘Bb’, membunyikan [b], dan menulis huruf konsonan ‘Bb dengan cara yang betul.
Objektif: 
Pada akhir pelajaran, dengan bimbingan guru, murid dapat: 1. Menyebut bunyi huruf konsonan ‘Bb’ dengan sebutan yang betul. 2. Menulis huruf konsonan ‘Bb’ mengikut arah yang betul.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid pernah menyebut perkataan yang bermula dengan huruf ‘Bb’ iaitu bola dan baju.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Murid ditunjukkan gambar yang mempunyai huruf ‘Bb’ di awal perkataan. 2. Murid ditunjukkan kad huruf ‘Bb’. 3. Murid ditunjukkan cara menulis huruf ‘Bb’. 3.1 Bagi huruf ‘B’, murid perlu membuat garis lurus terlebih dahulu, seterusnya bentuk separuh bulat yang bermula pada sebelah atas kemudian sebelah bawah dengan ikut arah jam. 3.2 Bagi huruf ‘b’, murid perlu membuat garis lurus kemudian bentuk separuh bulat mengikut arah jam dibahagian tengah hingga ke hujung garisan. 4. Murid juga diberi peluang bermain melambung bola huruf. 4.1 Mereka hanya perlu menyebut huruf ‘b’ apabila bola yang dibaling menunjukkan huruf tersebut. 4.2 Sekiranya balingan tersebut menunjukkan huruf yang lain, murid hanya perlu diamkan sahaja (jangan menyebutnya).
Bahan Bantu Mengajar: 
Span huruf ‘b’, bola huruf, lembaran kerja, kad huruf dan kad gambar.
Sokongan Tingkah Laku Positif: 
Pujian kepada murid yang berjaya menyebut dengan betul.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Menyanyi bersama guru menggunakan slide power point.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Murid disoal, "Apakah pakaian yang dipakai oleh murid untuk menutup badannya" sambil guru menunjukkan ‘baju’.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Murid ditunjukkan gambar bola. Guru bersoal jawab dengan murid berkenaan gambar yang ditunjukkan. 2. Guru menyatakan bahawa pembelajaran pada hari itu adalah berkaitan dengan huruf pada awal perkataan tersebut iaitu huruf konsonan ‘Bb’.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Murid ditunjukkan gambar yang mempunyai huruf ‘Bb’ pada awal perkataan iaitu bola,baju dan buku. 2. Kemudian murid ditunjukkan huruf ‘B’ dan ‘b’. Murid juga ditunjukkan span huruf ‘b’. 3. Seterusnya, murid ditunjuk cara menulis huruf ‘B’ dan ‘b’. 4. Guru menulis huruf ‘B’ dan ‘b’ di papan putih. Murid akan menulis setelah guru menunjuk arah yang betul semasa menulis. Kemudian, murid akan cuba menulis dengan sendiri.
Gambar-gambar perkataan awal huruf b.

Huruf Bb.

Gambar-gambar perkataan awal huruf Bb.

Langkah Kedua
-Permainan 1. Murid dan guru bermain melambung dadu huruf. 2. Murid akan bergilir-gilir melambung bola huruf tersebut. 3. Murid akan menyebut huruf ‘b’ sahaja apabila bola tersebut dibaling. 4. Sekiranya balingan tersebut menunjukkan huruf yang lain, murid hanya perlu diamkan sahaja (jangan menyebutnya).
Langkah Ketiga
1. Murid diterangkan cara mengumpulkan huruf konsonan yang sama. 2. Murid mengumpulkan huruf ‘b’ yang sama.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Murid ditunjuk cara bagaimana melakukan aktiviti menulis huruf konsonan‘Bb’ yang telah dipelajari. 2. Murid menulis huruf ‘B’ dan ‘b’ di dalam buku latihan.
Latihan Kendiri
Murid yang dapat menulis dengan cara yang betul akan diberikan latihan lanjutan yang perlu diselesaikan dirumah.

Penutup Pengajaran

Guru meminta murid menyebut perkataan yang bermula dengan huruf ‘b’ yang telah dipelajari.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid boleh cuba menyenaraikan nama benda yang bermula dengan huruf ‘b’. Contohnya, ‘bayi’ dan ‘basi’.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 4413 kali