Diterbitkan Huruf konsonan "Dd".

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Che Rahmah binti Ahmad Fauzi

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
3.3 Mengenal dan mengecam bentuk dan bunyi huruf pada simbol yang dilihat. 6.1 Mengenal, menekap, meniru bentuk huruf, suku kata dan perkataan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Mengecam dan memahami huruf konsonan ‘Dd’ dari segi bentuk dan bunyi adalah isi pelajaran pada hari ini.
Objektif: 
Pada akhir pelajaran, dengan bimbingan guru, murid dapat: i. Menyebut bunyi huruf konsonan ‘Dd’ dengan sebutan yang betul. ii. Menulis huruf konsonan ‘Dd’ mengikut arah yang betul.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid pernah menyebut perkataan ‘dadu’, ‘dagu’, ‘dada’ dan ‘diri’. Ia merupakan perkataan yang selalu dilihat dan benda sebenar disentuh iaitu dalam ruang lingkup kehidupan hariannya.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Murid ditunjukkan kad huruf ‘Dd’. 2. Murid ditunjukkan gambar yang mempunyai huruf ‘Dd’ di awal perkataan ‘dadu’, ‘dagu’, ‘dada’ dan ‘diri’. 3. Murid ditunjukkan cara menulis huruf ‘Dd’. 4. Murid menulis huruf ‘d’ di papan putih. 5. Guru menyebut huruf 'd' sebagai "di" sambil tunjuk huruf di yang telah ditulis. 6. Murid memadankan huruf ‘d‘ dan gambar menggunakan power point tersebut. 7. Sebagai latihan, guru menunjukkan cara untuk melakukan aktiviti menulis huruf konsonan ‘Dd’ yang telah dipelajari. 8. Pada mulanya, murid menulis di papan putih. 9. Kemudian, guru meminta murid melakukan aktiviti menulis di dalam buku latihan tersebut.
Bahan Bantu Mengajar: 
Lembaran kerja, kad huruf, kad suku kata, kad gambar dan power point.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Mendengar lagu ‘saya ada kuda’ daripada power point.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Murid pernah menyebut perkataan ‘dadu’, ‘dagu’, ‘dada’ dan ‘diri’. 2. Guru menunjukkan bahagian-bahagian badan tersebut dan murid menyebutnya dengan jelas.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru menunjukkan dadu dan memberitahu bahawa pelajaran hari itu adalah ‘d’ dadu.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Murid ditunjukkan kad huruf ‘Dd’. 2. Murid ditunjukkan gambar yang mempunyai huruf ‘Dd’ pada awal perkataan ‘dadu’, ‘dagu’, ‘dada’ dan ‘diri’. 3. Murid ditunjukkan cara menulis huruf ‘Dd’. 4. Murid menulis huruf ‘Dd’ di papan putih.
Langkah Kedua
1. Guru menunjukkan power point bagi huruf ‘Dd‘. 2. Murid memadankan huruf ‘Dd‘ dengan gambar.
Langkah Ketiga
1. Guru menyebut huruf 'd' dan minta murid menunjukkan dan mengecam huruf di salam slide dan di persekitaran kelas.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Guru menunjukkan cara untuk melakukan aktiviti menulis huruf konsonan‘Dd’. 2. Murid menulis huruf tersebut di dalam buku latihan.
Latihan Kendiri
Murid yang boleh menulis huruf ‘Dd’ dengan betul, satu lembaran kerja diberikan sebagai kerja rumah.

Penutup Pengajaran

Murid diminta menyebut kembali perkataan yang mempunyai huruf ‘d’ semasa pengajaran tadi dan beberapa perkataan baru.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid boleh cuba mengenal pasti huruf ‘Dd’ dalam perkataan.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 2859 kali

Komen-komen

Bahagian penyampaian isi

Bahagian penyampaian isi boleh dimurnikan lagi dengan memperbanyakkan aktiviti murid supaya mereka dapat mengenal dan mengecam bentuk huruf sebelum menulis. Contoh aktiviti seperti membentuk huruf dengan plastisin, menyentuh huruf timbul, menulis pada pasir dan lain-lain