Diterbitkan Jahitan (Menjahit Butang Dua Lubang).

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Nor Sa’adah Binti Mohamed Masri.

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
2.5 Menjahit jahitan asas.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Pelajaran hari ini berkaitan dengan menjahit butang.
Objektif: 
Pada akhir pelajaran, dengan bimbingan guru, murid dapat; 1. Memasukkan tali ke dalam kertas keras yang mengandungi dua lubang. 2. Menjahit butang sebenar di atas kain. 3. Mengikuti arahan keselamatan yang diberikan oleh guru.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid sudah boleh menjahit di atas kain "Cross-stitch".
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Memperkenalkan alatan. 2. Memasukkan tali ke dalam kertas keras yang mengandungi dua lubang. 3. Menjahit butang sebenar.
Bahan Bantu Mengajar: 
Butang kertas, tali, butang sebenar, jarum, benang, kain, baju dan kad perkataan.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru menunjukkan sehelai baju yang mempunyai butang. Murid melihat dan memberikan perhatian.

2. Guru menyuruh murid membutang baju tersebut. Guru telah menanggalkan salah satu butang baju tersebut.

3. Guru berbuat demikian kerana ingin melihat tindakan murid, sama ada murid sedar bahawa salah satu butang telah tertanggal atau tidak.

4. Setiap murid membutang baju tersebut.

5. Guru bersoal-jawab dengan murid. Guru menyoal murid, "Apa yang perlu dilakukan jika butang baju tertanggal?". Murid menjawab, "Menjahit butang baju tersebut".

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Guru menyoal murid, "Masih ingat atau tidak bagaimana untuk menjahit jahitan jelujur?". Murid menjawab masih ingat atau sudah lupa. 2. Guru menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran hari ini akan menggunakan jahitan jelujur. 3. Guru menunjukkan sedikit cara menjahit jahitan jelujur.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru menyatakan bahawa pada hari ini murid akan diajar menjahit butang pakaian. 2. Guru menunjukkan contoh jahitan yang akan dibuat oleh murid.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
-Memperkenalkan alatan. 1. Guru menunjukkan butang kepada murid. Guru menyoal "Ini apa?". Murid menjawab, "Butang pakaian". 2. Guru menunjukkan kad perkataan butang. Guru menyuruh murid menyebut dan mengeja kad perkataan secara kelas dan individu. 3. Guru menunjukkan perkataan lain yang akan digunakan untuk menjahit butang iaitu benang, gunting, kain dan jarum. 4. Guru menyuruh murid menyebut nama peralatan yang ditunjukkan. Murid menyebut nama peralatan satu persatu.
Langkah Kedua
-Memasukkan tali ke dalam kertas keras yang mengandungi dua lubang. 1. Guru menunjukkan kertas keras yang mengandungi dua lubang. Guru menyatakan bahawa ini adalah butang. Murid memberikan perhatian. 2. Kemudian, guru memberi setiap murid kertas keras yang mengandungi dua lubang dan tali. 3. Guru menunjukkan cara menjahit iaitu memasukkan tali ke dalam lubang kertas tersebut. Guru menyuruh murid melakukan aktiviti tersebut. 4. Murid memasukkan tali mengikut nombor pada kertas secara berulang kali dengan bimbingan guru. 5. Murid melakukan aktiviti sehingga dapat melakukannya sendiri.
Langkah Ketiga
- Menjahit butang sebenar. 1. Guru memberikan jarum, kain, benang dan butang sebenar kapada murid. Guru menyuruh murid menjahit butang sebenar di atas kain. 2. Murid menjahit dengan bimbingan guru. 3. Guru memastikan murid menjahit dengan kemas. Murid yang menjahit dengan kemas dan betul mendapat ganjaran.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Murid memasukkan tali mengikut nombor pada kertas secara berulang kali dengan bimbingan guru. 2. Murid menjahit dengan bimbingan guru.
Latihan Kendiri
Guru menyuruh murid menyebut dan mengeja kad perkataan secara individu.

Penutup Pengajaran

1. Guru menyuruh murid menunjukkan hasil jahitan mereka. Guru mempamerkan semua hasil jahitan di hadapan kelas. 2. Guru menyoal murid, "Jahitan siapa yang paling kemas dan cantik?". Murid menjawab nama salah seorang rakan mereka. 3. Guru memberikan ganjaran kepada semua murid yang sabar menjahit butang sehingga siap. 4. Guru menyoal murid "Apa yang perlu dilakukan jika butang pakaian tertanggal?". Murid menjawab, "Jahit butang tersebut". 5. Guru merumuskan isi pelajaran.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid boleh menjahit butang baju mereka yang tertanggal tanpa bantuan daripada orang lain.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 6057 kali