Diterbitkan Jenis-jenis Burung.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Afida binti Md Hussin.

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
4.0 Membaca dan memahami ayat dalam konteks.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Menyebut, membaca dan menyatakan maksud daripada bahan bacaan yang bertajuk "Jenis-jenis burung".
Objektif: 
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat; a) Membaca ayat mudah dengan betul tanpa bantuan guru. b) Membaca dan menyatakan maksud perkataan yang mudah tanpa bantuan guru.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid pernah melihat beberapa jenis burung dan boleh membaca.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Murid diterangkan kaedah menyebut, membaca dan berbincang tentang maksud perkataan berdasarkan gambar. 2. Selain itu, lembaran kerja disediakan untuk menguji kebolehan murid-murid.
Bahan Bantu Mengajar: 
Buku bergambar.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru bersoal jawab dengan murid iaitu guru memberikan satu teka-teki kepada murid
"Saya adalah sejenis binatang,
Saya boleh terbang tinggi dan mempunyai sayap,
Nama saya bermula dengan bu__________,
Siapakah saya?".

2. Guru meminta murid secara sukarela menjawab teka-teki tersebut.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Guru melukis gambar seekor burung pada papan putih. Guru bertanya murid, "Ini apa?". 2. Guru bertanya kepada murid, sama ada mereka pernah ke zoo negara.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Kemudian, guru mengeluarkan buku yang bertajuk jenis-jenis burung dan bertanya murid "Adakah kamu ingin mengetahui isi di dalam buku ini?". 2. Guru menyatakan isi pelajaran hari ini dengan menunjukkan kulit depan buku.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menunjukkan gambar jenis-jenis burung kepada murid melalui buku bergambar. 2. Pertama, guru menunjukkan gambar burung kakak tua. Kemudian, guru membaca perkataan di bawahnya. 3. Guru meminta murid membaca mengikut guru secara beramai-ramai. 4. Seterusnya, guru melakukan perkara yang sama pada gambar yang lain iaitu burung merak, burung bangau dan burung hantu. 5. Guru kemudiannya meminta setiap murid datang ke depan. Sentuh gambar sambil membaca perkataan jenis-jenis burung yang ada pada buku dan murid lain mengikutnya. 6. Pengulangan demi pengulangan diberikan kepada murid. Guru memuji semua murid.
Langkah Kedua
1. Guru membaca ayat mudah yang terdapat dalam buku satu persatu dan meminta murid mengikut guru membaca. 2. Guru mengulang lagi untuk memastikan murid membaca dengan lancar. 3. Kemudian, guru meminta murid secara sukarela untuk membaca ayat mudah berpandukan gambar dan diikuti oleh murid lain apabila salah seorang murid membaca. 4. Seterusnya, murid yang selesai membaca boleh memilih rakan mereka yang lain untuk membaca ayat tersebut sehinggalah kepada murid yang akhir.
Langkah Ketiga
1. Guru menunjukkan perkataan yang bergaris di dalam ayat dan membuat perbincangan dan soal jawab dengan murid. 2. Pada perkataan pertama yang digaris, guru menyatakan maksud perkataan tersebut. Seterusnya guru meminta murid menyatakan maksud perkataan yang bergaris. 3. Pujian diberikan kepada murid yang berani mencuba. 4. Guru membimbing murid untuk menjawab sekiranya menghadapi kesukaran untuk menjawab dengan memberikan sedikit pembayang kepada mereka.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Latihan pengukuhan diberikan kepada setiap murid dengan guru mengedarkan lembaran kerja, iaitu melengkapkan ayat mudah dengan mengisi tempat kosong berdasarkan gambar yang diberikan.
Latihan Kendiri
Guru meminta murid seorang demi seorang menjawab kembali soalan guru tanpa melihat jawapan tadi.

Penutup Pengajaran

Guru bersama-sama murid menyanyikan lagu “Burung Kakak Tua” sebanyak dua kali.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid boleh cuba membaca bahan bacaan lain yang terdapat di dalam kelas. Mereka juga dapat mengetahui kehidupan haiwan yang pelbagai.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 5364 kali