Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Aras:
Domain:
- Perancangan Sebelum Pengajaran
- Permulaan Pengajaran
- Penyampaian Isi Pelajaran
- Penilaian
- Penutup Pengajaran
- Aktiviti Lanjutan
Perancangan Sebelum Pengajaran
Sukatan Pelajaran:
1.3 Membuka dan memakai pakaian tanpa bantuan.
1.3.1. Jenis-jenis pakaian-pakaian asas, pakaian mengikut jantina dan pakaian mengikut bangsa.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini:
Murid belajar untuk membezakan jenis-jenis pakaian dan menamakan pakaian yang dilihat.
Objektif:
1. Dapat membezakan jenis-jenis pakaian.
2. Dapat menamakan pakaian yang dilihat.
Kemahiran Sedia Ada:
Tahu kegunaan pakaian asas
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran:
1. Murid membandingkan perbezaan pakaian yang di pakai.
2. Murid menyebut semula nama pakaian secara kelas atau individu selepas guru.
3. Guru sebut nama pakaian, murid tunjukkan gambar atau pakaian sebenar.
4. Guru tunjuk jenis pakaian murid sebut nama pakaian tersebut.
5. Bersoal jawab mengenai kegunaan pakaian yang di lihat dan di sebut.
6. Menggunakan kad imbasan yang di sediakan melabel pakaian yang ada.
7. Murid di minta asingkan pakaian mengikut jantina.
8. Susun ikut cara pemakaiannya.
9. Sebut dan label pakaian yang berkenaan.
Bahan Bantu Mengajar:
Gambar dan pakaian sebenar serta kad perkataan.
Permulaan Pengajaran
Penyampaian Isi Pelajaran
Penilaian
Penutup Pengajaran
1. Lekatkan kad gambar mengenai jenis-jenis pakaian asas di papan tulis. Murid dan guru ulangkaji secara lisan fungsinya.
2. Galakkan murid menyediakan buku skrap mengenai jenis-jenis pakaian.
3. Suruh juga murid bersedia dengan pakaian yang sesuai bagi menyambut parti hari jadi kawan.









