Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Aras:
Domain:
- Perancangan Sebelum Pengajaran
- Permulaan Pengajaran
- Penyampaian Isi Pelajaran
- Penilaian
- Penutup Pengajaran
- Aktiviti Lanjutan
Perancangan Sebelum Pengajaran
Sukatan Pelajaran:
7.1 Bercerita tentang diri dan persekitaran.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini:
Murid akan mengenali nama jenis-jenis pekerjaan.
Objektif:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat mengenal pekerjaan seperti posmen, tentera, tukang kayu, polis, guru, juruterbang, bomba, pelayar dan tukang masak.
Kemahiran Sedia Ada:
Murid pernah melihat gambar atau realiti pekerjaan ini di televisyen, majalah dan persekitaran mereka.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran:
1. Murid diminta bercerita mengenai pekerjaan ayah atau ibu mereka.
2. Tiga orang murid dibimbing untuk melakonkan aksi seperti seorang doktor, cikgu dan tukang masak manakala murid lain meneka nama pekerjaan itu.
3. Guru menerangkan mengenai setiap gambar dan kad perkataan jenis-jenis pekerjaan.
4. Guru sebut nama pekerjaan sambil menunjukkan gambar pekerjaan berkenaan dan murid ikut sebut nama pekerjaan itu.
5. Guru melekatkan semula secara rawak gambar pekerjaan dan murid sebut nama pekerjaan pada gambar tersebut.
6. Murid pilih kad perkataan pekerjaan dan padankan dengan gambar.
Bahan Bantu Mengajar:
Kad gambar, kad perkataan dan carta.
Permulaan Pengajaran
Penyampaian Isi Pelajaran
Penilaian
Penutup Pengajaran
1. Guru meminta semua murid menyebut nama pekerjaan pada gambar yang ditunjukkan oleh guru hinggalah gambar yang terakhir.
2. Guru merumuskan pelajaran hari ini.









