Diterbitkan JENIS SAYUR-SAYURAN

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
NURUL HUSNA DAN SYAKIRAH

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Jenis sayur-sayuran
Objektif: 
Pada akhir Pengajaran dan Pembelajaran, setiap murid dapat: 1) Menamakan jenis sayur-sayuran 2) Membezakan jenis sayur-sayuran daun dan sayur buah
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid-murid pernah melihat sayur-sayuran
Bahan Bantu Mengajar: 
Video, Kad Gambar, Slide Power Point, Sampul Surat, lembaran kerja

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1.Guru memaparkan cerita mengenai sayur-sayuran yang bertajuk Lobak Merah yang Nakal
2. Kemudiannya, guru bertanyakan sayur-sayuran yang terdapat di dalam cerita tersebut.

1.Murid-murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru memasukkan gambar sayur-sayuran ke dalam sampul. 2. Guru meminta seorang murid untuk ke hadapan kelas dan memilih satu sampul yang disediakan 3. Guru menyuruh murid membuka sampul dan menyebut nama sayur tersebut. 4. Guru meminta murid-murid lain untuk menyebut bersama-sama guru. 5. Guru meminta murid  menampal kad gambar di hadapan kelas mengikut kad perkataan yang ditampal dihadapan. 1. Murid mengambil sampul surat yang diletakkan diatas meja dan membukanya. 2.Murid menyebut nama sayuran yang mereka dapat mengikut pengetahuan murid sambil dibimbing oleh guru. 3. Murid lain mengikut sebutan bersama-sama kemudian menampal kad gambar di hadapan kelas berdasarkan kad perkataan.
Langkah Kedua
1.Guru memaparkan video mengenai sayuran yang bertajuk Jenis-Sayur-Sayuran”   kepada murid-murid. 2. Guru menunjukkan slide yang menunjukkan sayur-sayuran jenis daun dan sayur jenis buah pada power point sambil menunjukkan bahan maujud kepada murid sambil meletakkan sayur ke dalam dua bekas yang berbeza. 2.Guru meminta murid menjawab soalan pada power point seorang demi seorang. 1.Murid menjawab soalan pada slide power point. 2. Murid bekerjasama antara satu sama lain membezakan dua kumpulan jenis sayur-sayuran.
Langkah Ketiga
1.Guru meletakkan selonggok sayur-sayuran di hadapan kelas dan membahagikan murid kepada dua kumpulan. 2. Guru meminta setiap kumpulan 1 membahagikan selonggok sayur kepada sayur jenis daun dan jenis buah dengan meletakkan di dalam bekas yang berlainan. 3. Kumpulan 2 akan membezakan dengan memasukkan kad gambar ke dalam poket kertas manila di hadapan kelas. 4. Kemudian, murid akan bertukar aktiviti setelah masing-masing selesai menyiapkan tugasan. 5. Guru meminta murid menyebut semula sayur jenis buah dan sayur jenis daun.

Penutup Pengajaran

1.Guru menyediakan lembaran kerja dan meminta murid menyesuaikan gambar dengan jenis sayuran. Murid menjawab lembaran kerja yang diberikan guru.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 1907 kali