Diterbitkan JIMAT CERMAT

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
NOR FALAHI DAN NOORINAH

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Jimat Cermat / Sikap sederhana
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
14.1.1 Sikap sederhana atau jimat cermat dalam kehidupan seharian 14.2.1 Kepentingan sikap sederhana
Objektif: 
Pada akhir pembelajaran, murid dapat : (a) membezakan antara aktiviti jimat cermat dan membazir (b) memadankan gambar dengan perkataan yang menjelaskan tentang jimat cermat (c) menyatakan kepentingan mengamalkan sikap sederhana dalam kehidupan seharian.
Kemahiran Sedia Ada: 
Boleh membaca ayat-ayat pendek.
Bahan Bantu Mengajar: 
Video, Powerpoint dan lembaran kerja.
Sokongan Tingkah Laku Positif: 
Memberi peneguhan positif seperti pujian apabila murid dapat menunjukkan tingkah laku yang diingini.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

mengamalkan sikap sederhana dalam kehidupan seharian
a) Menayang video mengenai jimat cermat.
b) Menyoal murid mengenai perkaitan video yang ditonton dengan topik pelajaran yang akan dipelajari.

a) Fokus menonton video yang ditayangkan.
b) Menjawab soalan guru.

JIMAT CERMAT

Sikap sederhana atau jimat cermat dalam kehidupan seharian

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
a) Menerangkan bahawa aktiviti hari ini adalah berlakon sambil belajar. b) Guru memberikan watak kepada setiap murid. c) Guru menerangkan peranan watak masing-masing. a) Mendengar penjelasan guru. b) Mencabut undi berkenaan watak masing-masing.
Langkah Kedua
a) Memainkan peranan sebagai pengarah dan memantau lakonan setiap murid. a) Melakonkan watak masing-masing.
Langkah Ketiga
a) Mengulas lakonan murid. b) Meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran . a) Mendengar ulasan guru. b) Memberi tumpuan terhadap sesi pembelajaran

Penutup Pengajaran

a) Mengedarkan lembaran kerja a) Membuat tugasan yang diberikan.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Guru memastikan murid sentiasa menutup lampu dan kipas sebelum meninggalkan kelas.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 800 kali