Diterbitkan Karangan Autobiografi (Saya Sehelai Baju).

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Bavani A/P Ganason

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
6.2 Membaca dan mengenalpasti pelbagai genre penulisan. 8.4 Membina dan menulis berdasarkan sesuatu perkara. 8.5 Menulis bagi melengkapkan genre autobiografi.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Menulis karangan autobiografi dengan betul.
Objektif: 
Di akhir pelajaran, murid dapat; 1. Menyatakan pendapat berdasarkan penyataan yang dibaca. 2. Menggunakan tanda baca yang betul pada setiap ayat, perenggan dan petikan. 3. Seterusnya, menulis karangan autobiografi yang lengkap.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid dapat mengetahui kepentingan baju kepada setiap manusia.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Guru mengedarkan beberapa kad cantuman kepada murid dan meminta murid mencantumkan. 2. Murid melakukan dengan teliti sehingga objek terbentuk. 3. Guru menerangkan bagaimana hendak menulis karangan autobiografi dengan betul. 4. Murid mendengar penerangan guru dan memberikan isi yang sesuai mengikut tajuk. 5. Guru membantu murid dengan memberikan isi penting. 6. Guru meminta murid menulis karangan dengan menggunakan isi sendiri.
Bahan Bantu Mengajar: 
Lembaran kerja (dalam bentuk braille bagi buta) dan kad cantuman.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru memberikan beberapa keratan kad kepada murid.

2. Murid menerima keratan kad.

3. Guru membahagikan kumpulan, satu kumpulan tiga orang.

4. Guru meminta murid mencantumkannya menjadikan satu gambar lengkap.

5. Murid mencantumkan dengan penuh teliti.

6. Guru menanyakan jawapannya dan murid memberikan jawapan.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru menyoal murid tentang kepentingan baju kepada manusia.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru memperkenalkan pelajaran hari ini, mengenai cara penulisan karangan autobiografi yang betul.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menerangkan pengenalan karangan berbentuk autobiografi. contoh: menggunakan perkataan aku sebagai ... 2. Guru menunjukkan beberapa contoh karangan autografi kepada murid. (dalam tulisan braille) 3. Guru dan murid membina ayat pendek.
Langkah Kedua
1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid (dalam bentuk braille bagi buta). 2. Guru membimbing murid dengan mengisikan jawapan yang betul dan tepat. 3. Murid ikut arahan guru dan melengkapkan karangan “Saya sehelai baju” dengan jawapan yang betul. 4. Guru meminta murid membaca semula karangan autobiografi “Saya sehelai baju” dan murid membaca.
Langkah Ketiga
1. Guru meminta murid menyalin semula karangan "Saya sehelai baju” dengan lengkap. 2. Murid menyalin karangan “Saya sehelai baju” dengan lengkap secara individu dalam buku latihan dengan menggunakan ayat sendiri membentuk karangan autobiografi.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Murid ditunjuk ajar cara untuk membina ayat dengan betul. Guru memastikan setiap murid faham ayat yang dibina.
Latihan Kendiri
Murid membaca semula karangan "Saya sehelai baju".

Penutup Pengajaran

Guru membuat kesimpulan tentang keseluruhan isi pelajaran hari ini tentang penulisan karangan berbentuk autobiografi.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
1. Murid dapat menulis dengan sendiri tentang karangan bentuk autobiografi. 2. Dapat membetulkan penggunaan tata bahasa.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 7280 kali