Diterbitkan Kasih Sayang

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Sf. Monadillah Bt Bachok dan Zaimah Bt Ismail

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
8.0 Sikap kasih sayang 8.1 Mengamalkan sikap kasih sayang. 8.1.1 Sikap kasih saynag dalam kehidupan seharian.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Isi pelajaran hari ini adalah sikap saling sayang-menyayangi antara manusia, haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan.
Objektif: 
Pada akhir pembelajaran murid akan dapat : 1. Menyatakan jenis kasih sayang yang terdapat dalam gambar 2. Membandingkan kasih sayang yang terdapat dalam video yang ditunjukkan. 3. Mendemonstrasikan kasih sayang yang dipertontonkan.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid mengenali manusia, benda hidup dan bukan hidup seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Murid menonton video kasih sayang terhadap manusia, haiwan dan tumbuhan. 2. Murid mendengar penerangan guru tentang video-video tersebut. 3. Murid menjawab soalan yang ditanya oleh guru secara lisan berdasarkan video yang ditunjukkan. 4. Murid mencatatkan jenis kasih sayang di atas kertas. 5. Murid melihat gambar yang ditunjukkan oleh guru. 6. Murid menjawab soalan yang ditanya oleh guru secara lisan berdasarkan gambar yang ditunjukkan 7. Murid membezakan setiap gambar mengikut jenis kasih sayang. 8. Murid melakokan salah satu jenis kasih sayang yang diajar. 9. Murid memberitahu jenis kasih sayang yang dilakonkan.
Bahan Bantu Mengajar: 
1. Video 2. Gambar 3. Power Point 4. Flash kad

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

- Guru menyanyikan lagu.
- Guru menyanyi bersama murid

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru meminta murid menamakan orang yang mereka sayangi, binatang dan tumbuhan yang disayangi.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru memberitahu murid hari ini mereka akan belajar tentang sayang yang terbahagi kepada 3 jenis iaitu sayang kepada manusia, sayang kepada haiwan dan sayang kepada tumbuhan.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menunjukkan video kasih sayang terhadap manusia, haiwan dan juga tumbuhan. 2. Guru menerangkan tentang video-video tersebut. 3. Guru meminta murid menjawab soalan secara lisan berdasarkan video yang ditunjukkan. 4. Guru meminta murid mencatatkan maklumat yang diperolehi.
Langkah Kedua
1. Guru menunjukkan gambar untuk setiap jenis kasih sayang. 2. Guru menyoal murid seperti: a. Apakah jenis-jenis kasih sayang yang terdapat dalam gambar? b. Berapa jenis kasih sayang yang telah diterangkan? 3. Guru meminta murid menjawab soalan secara lisan. 4. Guru meminta murid memadankan gambar dengan ‘flash card’ yang disediakan. 5. Guru meminta murid memberikan contoh cara-cara lain meluahkan dan menunjukkan kasih sayang terhadap manusia, haiwan dan tumbuhan. 6. Guru meminta murid membaca contoh-contoh yang telah disenaraikan.
Langkah Ketiga
1. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan. 2. Guru meminta murid melakonkan satu contoh kasih sayang. 3. Guru meminta murid menerangkan jenis kasih sayang yang dilakonkan.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru membimbing murid membezakan jenis kasih sayang yang terdapat di dalam gambar dan lakonan video.
Latihan Kendiri
Apabila murid telah berjaya membezakan jenis kasih sayang, mereka diminta untuk melakonkan contoh-contoh kasih sayang.

Penutup Pengajaran

Guru dan murid bersoal jawab mengenai pelajaran hari ini.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid dapat mengaplikasikan sifat sayang-menyayangi dalam kehidupan seharian.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 2386 kali