Diterbitkan KEADILAN : PEMBAHAGIAN MAKANAN

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
NG CHIN WERN DAN SAW BEE TY

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Keadilan dalam Pembahagian Makanan
Objektif: 
8.1.1 Mengamalkan sikap adil dalam perlakuan seharian dalam pembahagian makanan Di akhir pelajaran, murid dapat : a) Membezakan situasi adil dan tidak adil dengan memadankan kad perkataan adil dan tidak adil berdasarkan gambar yang ditunjukkan. b) Melakonkan situasi keadilan dalam pembahagian makanan.
Kemahiran Sedia Ada: 
a) Murid boleh membilang. b) Murid boleh membaca perkataan. c) Murid mengetahui konsep sama.
Bahan Bantu Mengajar: 
Video situasi keadilan dengan lagu Keadilan, kad perkataan, gambar situasi adil dan tidak adil, Powerpoint, lembaran kerja, makanan seperti gula-gula, coklat, dan sebagainya.
Sokongan Tingkah Laku Positif: 
Memberi token atau pujian apabila murid dapat menjawab soalan dan menumpukan perhatian dalam kelas.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Set Induksi :
Guru mengeluarkan token dan membahagikannya kepada bilangan yang sama dan tidak sama. Murid akan menjawab soalan dengan menyatakan ‘betul’ bagi bilangan yang sama dan salah bagi bilangan yang tidak sama.

2. Perkaitan dengan pelajaran yang lalu :
Guru meminta murid mengimbas kembali isi pelajaran yang lalu berkaitan dengan konsep sama.

3. Memperkenalkan pengajaran :
Guru menerangkan bahawa konsep sama adalah keadilan dan murid akan dibimbing untuk melakukan sikap adil dalam pembahagian makanan dalam pengajaran hari ini.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
Memodel (20 minit) Murid menonton video situasi keadilan yang diiringi dengan lagu ‘keadilan’. Murid dibimbing untuk membaca perkataan keadilan. Video akan diulangi dan murid akan diajar untuk menyanyi bersama-sama.
Langkah Kedua
Membimbing (20 minit) i) Guru menayangkan Powerpoint yang mengandungi situasi adil dan tidak adil untuk menerangkan tajuk keadilan. ii) Murid membezakan situasi adil dan tidak adil atas bimbingan guru. Murid akan dibimbing untuk memadankan kad perkataan adil atau tidak adil berdasarkan gambar yang ditunjukkan oleh guru. iii) Guru menayangkan Powerpoint interaktif yang mengandungi beberapa jenis aktiviti kepada murid. Murid dibimbing untuk menjawab semua soalan.
Langkah Ketiga
Mencuba (25 minit) i) Guru mengaturkan murid dalam berpasangan. Murid diminta untuk melakonkan situasi adil dengan makanan yang diberi. Semua murid akan melakonkan secara bergilir-gilir. Guru akan membimbing murid sekiranya diperlukan. ii) Murid akan dinilai dengan menggunakan lembaran kerja yang disediakan oleh guru.

Penutup Pengajaran

Guru menukarkan bilangan coklat dan menyuruh murid membahagikan bilangan coklat secara adil dengan lagu Keadilan Guru akan menulis lirik lagu di atas papan hitam dan mengosongkan bilangan coklat. Contoh : Saya ada coklat Saya kongsi dengan abang Abang ( ) coklat. Saya coklat. Lalalalalalalalalala Kami sangat gembira Inilah keadilan Inilah keadilan

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Guru boleh menggeneralisasikan pembahagian makanan secara adil pada waktu lain seperti waktu rehat dan sambutan hari jadi , serta menggeneralisasikan dengan orang lain seperti murid di kelas lain atau guru yang berlainan.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 681 kali