Diterbitkan Kebersihan Anggota Badan

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Syamela Binti Mohamad Narawi dan Saidatul Rabiah Bt Salleh

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
2.0 Kesihatan 2.3 Menjaga kebersihan
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Pelajaran hari ini mengenai kebersihan dan kesihatan iaitu mengenal dan mengecam setiap bahagian anggota badan dan menamakan alat penjagaan diri dan fungsinya.
Objektif: 
Pada akhir pembelajaran, murid dapat : 1. Menyebut dan melabel anggota badan dengan betul. 2. Menamakan alat penjagaan diri dengan betul. 3. Memadankan bahagian anggota badan dengan alat penjagaan diri dengan betul.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid pernah menggunakan alat penjagaan diri di rumah seperti sabun mandi.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Bersoal jawab tentang anggota badan yang dilihat dan disebut. 2. Murid melabel anggota badan dengan kad perkataan. 3. Guru memperkenal dan menamakan alat penjagaan diri serta fungsinya. 4. Murid melabel gambar alat penjagaan diri dengan menggunakan kad perkataan. 5. Murid membuat padanan alat penjagaan diri dengan bahagian-bahagian badan.
Bahan Bantu Mengajar: 
1. Kad perkataan 2. Carta gambar anggota badan (rambut, telinga, mulut, hidung, tangan, mata, leher dan kaki). 3. Alat penjagaan diri (syampu rambut, sabun, sikat, tuala, minyak rambut dan lain-lain). 4. Rakaman video.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1) Guru memanggil seorang murid/model ke hadapan kelas.
2) Guru menamakan bahagian anggota badan yang ada pada dirinya.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1) Guru menyoal murid mengenai peralatan penjagaan diri yang biasa digunakan di rumah. 2) Guru menunjukkan alat penjagaan diri yang boleh digunakan untuk membersihkan bahagian anggota badan.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru menunjukkan carta gambar anggota badan budak lelaki/perempuan. 2. Guru menyatakan bahawa murid juga mempunyai anggota badan yang sama seperti di dalam gambar tersebut. 3. Guru menjelaskan setiap bahagian anggota badan perlu dibersihkan dengan menggunakan alat penjagaan diri yang sesuai. 4. Guru menyatakan isi pelajaran iaitu mengenal anggota badan serta alat penjagaan dirinya.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1) Guru menayangkan video mengenai memperkenalkan bahagian anggota badan manusia.
Langkah Kedua
1) Guru menyebut dan menamakan bahagian anggota badan. Guru menggunakan carta gambar budak lelaki/perempuan. 2) Guru memanggil seorang murid ke hadapan untuk menunjukkan bahagian anggota badannya kepada murid lain. 3) Guru menyuruh murid seorang demi seorang menunjukkan bahagian anggota badan yang disebutkan oleh guru. 4) Guru meminta murid melabel anggota badan dengan menggunakan kad perkataan. 5) Guru mengadakan aktiviti simulasi dalam situasi.
Langkah Ketiga
1) Guru menunjuk dan memperkenalkan alat penjagaan diri dan fungsinya. 2) Guru meminta murid menamakan alat penjagaan diri yang ditunjukkan. 3) Guru meminta murid melabel gambar alat penjagaan diri dengan menggunakan kad perkataan. 4) Latihan memadankan fungsi alat penjagaan diri dengan bahagian anggota badan. 5) Guru dan murid menyanyikan lagu ‘Bangun Pagi’ sambil melakukan gerakan membersihkan diri.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1) Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid. Lembaran kerja tersebut mengandungi arahan menama dan melabel anggota badan dan memadankan alat penjagaan diri dengan bahagian-bahagian anggota badan. 2) Guru membimbing murid membuat lembaran kerja.
Latihan Kendiri
1) Menggunakan lembaran kerja: melabel anggota badan dengan kad perkataan dan memadankan alat penjagaan diri dengan bahagian-bahagian badan.

Penutup Pengajaran

1) Guru menunjukkan carta gambar anggota badan budak lelaki/perempuan sambil diperhatikan oleh murid. 2) Guru meminta murid menamakan setiap bahagian anggota badan yang ditunjuk oleh guru. 3) Guru menayangkan tayangan video 4) Guru merumuskan pelajaran.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Untuk pelajaran seterusnya, guru melakukan aktiviti simulasi cara membersihkan bahagian anggota badan dengan betul dengan meminta murid membawa sendiri peralatan penjagaan diri ke sekolah untuk melakukan latihan amali.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 11451 kali