Diterbitkan Kemahiran Kefahaman Membaca

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Nurul Symiza Bt. Jaafar & Norehan Bt Ali.

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
4.4 Membaca dan memahami ayat dalam konteks 4.4.1 Ayat.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid membaca cerita pendek dan memahami cerita tersebut.
Objektif: 
Di akhir pelajaran, apabila guru menunjukkan satu urutan gambar berdasarkan satu cerita pendek,murid dapat menceritakan urutan gambar tersebut dengan lancar dan yakin.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid boleh membaca cerita yang mudah dan pendek.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1.Murid membaca cerita pendek yang telah dihilangkan beberapa perkataan dan digantikan dengan gambar. 2.Murid menjawab soalan yang diberikan guru berdasarkan cerita pendek tersebut. 3.Murid menerangkan cerita pendek berdasarkan urutan gambar tanpa petikan. 4.Murid membaca keseluruhan cerita pendek.
Bahan Bantu Mengajar: 
Power point, kad flash, lembaran kerja, lirik lagu “Sayang Tompok”.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Guru dan murid menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk “Sayang Tompok”

Saya ada seekor kucing,
Kucing saya nama Tompok,
Tompok ada empat kaki,
Kaki Tompok pendek-pendek,

Tompok suka makan nasi,
Makan nasi dengan susu,
Badan Tompok sangat gemuk,
Pipi Tompok sangat comel,
Saya sayang Tompok…

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Mengingat kembali gambaran seekor kucing.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Pelajaran hari ini adalah guru meminta murid membaca cerita pendek dan murid perlu menerangkan cerita tersebut mengikut kefahaman mereka berdasarkan urutan gambar.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menunjukkan sebuah cerita pendek yang bertajuk “Kucing Kesayangan Amir” dan mengeluarkan perkataan-perkataan yang sukar difahami oleh murid. 2. Guru menjelaskan perkataan yang sukar difahami oleh murid. 3. Guru membaca sebuah cerita pendek pada power point dan murid mengikut guru membaca.
Langkah Kedua
1. Murid membaca cerita pendek yang telah dihilangkan beberapa perkataan dan digantikan dengan gambar. 2. Kemudian, berdasarkan cerita pendek tersebut, guru bertanya soalan kepada murid. Murid yang berjaya menjawab soalan akan mendapat token.
Langkah Ketiga
Murid menerangkan cerita pendek berdasarkan urutan gambar.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru membimbing pelajar ketika menerangkan cerita pendek.
Latihan Kendiri
Murid diminta menyesuaikan gambar dengan ayat.

Penutup Pengajaran

Guru dan murid menyanyikan semula lagu “Sayang Tompok”. Saya ada seekor kucing, Kucing saya nama Tompok, Tompok ada empat kaki, Kaki Tompok pendek-pendek, Tompok suka makan nasi, Makan nasi dengan susu, Badan Tompok sangat gemuk, Pipi Tompok sangat comel, Saya sayang Tompok…

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Guru meminta murid membuat topeng kucing.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 4332 kali