Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Aras:
Domain:
- Perancangan Sebelum Pengajaran
- Permulaan Pengajaran
- Penyampaian Isi Pelajaran
- Penilaian
- Penutup Pengajaran
- Aktiviti Lanjutan
Perancangan Sebelum Pengajaran
Sukatan Pelajaran:
9.1 Menamakan waktu dalam sehari.
9.1.1 Konsep waktu dalam satu hari.
9.1.2 Aktiviti harian mengikut waktu.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini:
Membaca jam dalam sistem 12 jam dan menulis masa dalam sistem 12 jam.
Objektif:
Pada akhir pengajaran ini, murid dapat:
1. Menyebut masa dalam sistem 12 jam dengan betul setiap kali apabila ditunjukkan jam model yang berlabel bacaan bagi jam.
2. Menulis masa dalam sistem 12 jam dengan betul bagi kesemua soalan yang diberikan dalam lembaran kerja.
Kemahiran Sedia Ada:
Murid sudah mengenali sistem nombor serta jenis waktu dalam sehari (pagi, petang, malam).
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran:
1. Kenal jenis waktu iaitu pagi, petang dan malam.
2. Jam terdiri daripada sistem nombor iaitu mempunyai 12 nombor.
3. Jam mempunyai jarum pendek dan jam panjang.
4. Jarum pendek mewakili jam.
5. Jarum panjang menunjukkan minit.
6. Arah jarum panjang dan pendek berpusing.
7. Menyebut masa (jam) dalam sistem 12 jam.
8. Menulis masa (jam) dalam sistem 12 jam.
Bahan Bantu Mengajar:
Jam dinding sebenar, jejalur kertas, kertas pinggan, pen berwarna, jam model, kotak ajaib, kad gambar bersertakan perkataan, simbol matahari, simbol bulan dan paku tekan.
Permulaan Pengajaran
Penyampaian Isi Pelajaran
Penilaian
Penutup Pengajaran
1. Guru menggunakan jam sebenar yang tidak mempunyai bateri untuk menunjukkan masa pada jam yang tepat dan meminta murid-murid untuk memberitahu masa yang tertera pada jam tersebut.
2. Kemudian, guru memberitahu murid bahawa kebolehan untuk membaca adalah sangat penting kerana ia dapat membantu kita untuk mengetahui masa dengan tepat misalnya kita dapat mengikuti rancangan TV kegemaran dengan tepat setiap hari serta bangun pada masa yang sesuai setiap pagi supaya tidak lewat ke sekolah.









