Diterbitkan KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
NOOR AZLIA BINTI ABD. RAHMAN & NURUL SYAFIQAH BINTI AHMAD.

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
4.2 Membina dan membaca perkataan dan rangkai kata.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
1. Mengeja beberapa perkataan yang diberikan oleh guru. 2. Membina dan membaca perkataan yang terhasil daripada huruf–huruf terpilih iaitu huruf "s" dan huruf "b".
Objektif: 
Di akhir pembelajaran murid dapat; 1. Mengeja perkataan daripada huruf (s dan b) dengan tepat. 2. Membina dan membaca perkataan daripada huruf (s dan b) dengan 80 peratus betul.
Kemahiran Sedia Ada: 
Pengetahuan Sedia Ada Murid : 1. Murid boleh menyebut huruf kecil dari a hingga z. 2. Murid dapat membunyikan huruf vokal (a, e, i, o, u).
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Bermain permainan pilih, teka dan padankan. 2. Mengeja perkataan sambil menunjukkan gambar. 3. Menyebut suku kata daripada huruf (s dan b). 4. Menggabungkan suku kata bagi membentuk perkataan. 5. Aktiviti padanan suku kata berpandukan gambar. 6. Membaca perkataan daripada huruf (s dan b).
Bahan Bantu Mengajar: 
Whiteboard, kad bergambar, kad perkataan, LCD, projektor dan lembaran kerja.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

-Guru bermain permainan pilih, teka dan padankan bersama dengan murid.

1. Guru menyuruh murid memilih salah satu kad bergambar yang mempunyai suku kata awalan (cth: ba, ma, bu, mu) di dalam kotak.

2. Murid diminta untuk memadankan kad bergambar yang diperoleh dengan objek yang ada di sekeliling yang mempunyai suku kata yang sama.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru meminta murid menunjukkan benda di dalam kelas yang bermula dengan perkataan "ba, ma, bu, dan mu". Contohnya, buku.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru memberitahu murid hari ini mereka akan belajar membina dan membaca perkataan yang terhasil daripada huruf–huruf terpilih iaitu huruf "s" dan huruf "b".

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menunjukkan kad perkataan yang bermula dengan huruf b dan s. 2. Guru mengeja perkataan tersebut dengan jelas dan kuat. 3. Guru menyuruh murid mengeja perkataan bersama-sama sambil menunjukkan gambar menggunakan jari.
Langkah Kedua
1. Guru menyuruh murid menyebut suku kata yang membentuk perkataan daripada huruf (s dan b). 2. Guru meminta murid menggabungkan suku kata bagi membentuk perkataan berdasarkan gambar dan menyebutnya. 3. Seterusnya, guru meminta murid membuat aktiviti padanan suku kata berpandukan gambar.
Langkah Ketiga
1. Guru meminta murid membaca perkataan daripada huruf (s dan b) yang dihasilkan daripada kad huruf. 2. Semasa murid membaca, guru boleh menilai tahap penguasaan murid di dalam membaca perkataan.
Aktiviti 3 bagi kemahiran membaca perkataan.

Aktiviti 3.

Aktiviti 3 bagi kemahiran membaca perkataan.

Penilaian

Latihan Kendiri
1. Murid mengeja perkataan yang ditunjukkan oleh guru. 2. Murid menyebut sukukata yang ditunjukkan oleh guru. 3. Murid memadankan perkataan dengan gambar. 4. Murid membaca perkataan daripada huruf (s dan b).

Penutup Pengajaran

Guru merumuskan pelajaran dengan bermain permainan ‘dam’.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
1. Guru meminta murid mencari dan membentuk perkataan yang mempunyai huruf awalan ‘b dan s’ untuk dituliskan dalam buku latihan. Cth: baju, siku, buku, dan lain-lain. 2. Latihan pengukuhan diberikan sebagai kerja rumah.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 4777 kali

Komen-komen