Diterbitkan Kemahiran membaca teks.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
NUR HAFIQA SABARANI & SITI SHARA DOLLAH.

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
7.0 Mendapat maklumat daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca dan ditonton. 7.1 Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan, idea utama, isi penting dan isi relevan tentang bahan yang didengar, dibaca dan ditonton. 7.2 Memahami dan menyatakan maksud perkataan sukar berdasarkan konteks.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Membaca perkataan sukar, ayat dan petikan teks.
Objektif: 
Pada akhir pengajaran, murid dapat; A. Membaca perkataan yang sukar dalam petikan. B. Membaca setiap ayat yang ditunjukkan dengan sekurang-kurangnya 70% betul. C. Membaca 5 ayat pertama dalam petikan dengan bantuan guru. D. Membaca keseluruhan teks tanpa bantuan guru.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid sudah boleh kenal huruf dan membaca perkataan.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Guru tunjukkan perkataan sukar, murid membaca dengan bantuan. 2. Murid membaca satu demi satu ayat. 3. Murid membaca lebih daripada satu ayat yang berturutan. 4. Murid membaca teks.
Bahan Bantu Mengajar: 
Power point.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Guru tunjuk gambar tupai.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru tanya murid tentang tupai.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru menerangkan tujuan pembelajaran kepada murid iaitu membaca sebuah cerita.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru mengeluarkan perkataan yang sukar daripada teks. 2. Guru meminta murid membaca perkataan pada skrin. 3. Guru meminta murid mencari perkataan tersebut dalam teks iaitu "Sekeluarga", "Menasihatinya", "Menyedari", "Malang", "Mendengar" dan "Seminggu".
Mencari perkataan sukar dalam petikan cerita bertajuk “Cipot Seekor Anak Tupai”.

Cari perkataan sukar.

Mencari perkataan sukar dalam petikan cerita bertajuk “Cipot Seekor Anak Tupai”.

Langkah Kedua
1. Guru membaca ayat pertama pada teks. 2. Guru meminta murid membaca ayat tersebut. 3. Guru mengulangi dua langkah di atas untuk ayat yang berikutnya.
Langkah Ketiga
1. Guru meminta murid membaca lima ayat yang sama dengan bantuan guru. 2. Guru membaca lima ayat pertama dalam petikan teks sambil menunjuk setiap patah perkataan. 3. Kemudian, guru membaca keseluruhan teks. 4. Seterusnya, guru dan murid membaca teks bersama. 5. Guru meminta murid bercerita berdasarkan urutan gambar.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru membimbing murid membaca perkataan sukar, ayat satu persatu dan keseluruhan teks.
Latihan Kendiri
Murid membaca keseluruhan teks.

Penutup Pengajaran

Guru membaca teks bersama-sama murid.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid menyusun ayat untuk membentuk teks.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 2367 kali