Diterbitkan Kemahiran Menulis Karangan

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
AZUAN JASMIN DAN MOHD YAAKUP MOHD SABRI

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
6.10 Menulis Karangan 6.10.1 Menulis Karangan yang Terkawal dan Berpandu
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Mengarang ayat-ayat pendek.
Objektif: 
Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat menulis satu karangan pendek berdasarkan gambar yang diberikan.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid boleh membaca dan memahami jalan cerita pendek.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1.Murid mendengar dan melihat gambar cerita yang ditayangkan. 2.Murid menjawab soalan yang diberikan berdasarkan tayangan gambar tersebut 3.Murid mengeluarkan idea sendiri berdasarkan gambar yang ditujukkan. 4.Murid menulis karangan pendek berdasarkan gambar yang diberikan.
Bahan Bantu Mengajar: 
Komputer,Power point.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Guru menayangkan tayangan gambar ikan emas, ayam dan burung.
Perbincangan:
Apa warna ikan emas?
Apa warna burung?
Burung makan apa?

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Mengingat gambaran seekor ikan, gambar ayam dan burung

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1.Guru menayangkan cerita pendek yang bertajuk “ikan emas” 2.Guru menceritakan kembali cerita tersebut 3.Murid dibimbing untuk menceritakan kembali cerita tersebut
Langkah Kedua
1.Dengan bantuan guru, murid melengkapkan cerita tersebut berdasarkan gambar. 2.Murid diminta untuk menulis karangan di atas lembaran kerja 1. 3.Murid diminta membaca semula karangan yang dihasilkan.
Langkah Ketiga
1.Guru menayangkan cerita pendek kedua. 2.Guru mengarahkan murid menceritakan semula cerita tersebut berdasarkan gambar. 3.Guru meminta murid memberikan idea berdasarkan gambar. 4.Murid membuat karangan cerita pendek berdasarkan idea mereka sendiri mengikut urutan gambar.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1.Guru membimbing murid membuat karangan berdasarkan gambar yang diberikan (lembaran Kerja 3). 2.Latihan kendiri: 3.Murid menulis karangan pendek.

Penutup Pengajaran

Guru menayangkan semula cerita ayam, ikan dan burung.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid diminta untuk membuat karangan pendek berdasarkan haiwan peliharan sendiri di rumah.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 5359 kali