Draf Kenderaan di air, darat dan udara.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Aishah binti Muhammad, Mazlina binti Awang Alias.

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
3.2 Mengelaskan benda mengikut kumpulan 3.2.1 Jenis-jenis dan kumpulan benda a.kenderaan
Objektif: 
1. Murid dapat membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2. Murid dapat menulis perkataan dengan betul. 3. Murid dapat mengelaskan jenis-jenis kenderaan.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid pernah melihat dan menaiki kenderaan.
Bahan Bantu Mengajar: 
Kad gambar, kad perkataan, lemberan kerja, beg kertas, dan pensil warna.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

- Guru memanggil seorang murid ke depan dan mengambil beg kertas.
- Murid membaca teka-teki yang terdapat di dalam beg.
- Semua murid cuba meneka jawapan daripada teka-teki tersebut.
- Guru mengaitkan teka-teki dengan isi pelajaran hari ini.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
Langkah 1. - Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar yang ditunjukkan. - Guru menunjukkan kad perkataan dan menyebut. - Murid menyebut setiap perkataan ikut sebutan dari guru. - Guru meminta setiap ke depan dan memilih kad gambar. - Murid pilih kad gambar dan menyebut perkataan berdasarkan gambar. Langkah 2 - Guru menunjukkan kad perkataan dan meminta murid menyebut perkataan tersebut. - Guru menunjukkan perkataan dan meminta murid menulis perkataan tersebut di atas tapak tangan. - Murid melakukan aktiviti tersebut berulangkali. Langkah 3 - Setiap murid diminta bergilir-gilir datang ke depan. - Murid diminta mengambil satu kad gambar di dalam kotak. - Murid melekatkan gambar tersebut mengikut kategori kenderaan di darat air dan udara. Langkah 4. - Guru meminta setiap murid datang ke depan. - Murid diminta menulis perkataan yang bersesuaian dengan gambar pada papan tulis. - Guru dan murid sama-sama berbincang jawapan yang betul. - Murid menyebut perkataan yang telah ditulis dengan kuat.

Penutup Pengajaran

- Guru memberikan lembaran kerja pada setiap murid. - Murid diminta mewarnakan gambar kenderaan tersebut mengikut warna yang ditetapkan. - Murid mewarna gambar mengikut kategori jenis kenderaan. - Guru dan murid sama-sama menyemak jawapan.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 2606 kali