Diterbitkan Komponen Multimedia

Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Mohd Faizal bin Mohamad dan Abdul Rahim Isnin

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Komponen Multimedia. 1.0 Literasi Komputer.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Mengenal bahagian-bahagian komputer.
Objektif: 
1. Menamakan 3 daripada 5 bahagian-bahagian komputer dengan betul. 2. Melabelkan 3 daripada 5 bahagian-bahagian komputer dengan tepat.
Kemahiran Sedia Ada: 
Pelajar sudah melihat bentuk komputer yang terdapat di rumah mereka atau di dalam bilik komputer sekolah.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Guru mempamerkan carta alat-alat teknologi maklumat dan meminta murid melabel secara lisan. 2. Guru menerangkan tentang penggunaan setiap alat-alat teknologi maklumat. 3. Guru menyuruh murid-murid meneroka komputer dengan menggunakan deria sentuh iaitu memegang semua bahagian komputer dan kenalpasti bentuknya. 4. Guru menayangkan VCD pengajaran berkenaan dengan komputer. 5. Guru menyuruh murid-murid supaya menyebut kembali nama alat teknologi maklumat tersebut. 6. Guru bersoaljawab dengan murid-murid.
Bahan Bantu Mengajar: 
1. Carta alat-alat teknologi maklumat. 2. Set komputer. 3. VCD pengajaran komputer. 4. Kad perkataan. 5. Latihan multimedia buku bercerita. 6. Lembaran kerja. 7. Sampul. 8. Kertas lukisan. 9. Komputer riba. 10. Telefon bimbit. 11. PDA.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Guru keluarkan komputer riba, telefon bimbit dan PDA untuk menarik perhatian pelajar. Guru menceritakan tentang alat-alat teknologi yang canggih.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Guru mempamerkan carta alat-alat teknologi maklumat kepada murid-murid dan meminta mereka melabel terlebih dahulu secara lisan. 2. Kemudian, guru menerangkan tentang penggunaan setiap alat-alat teknologi maklumat tersebut. 3. Guru menyuruh murid-murid supaya menyebut kembali nama alat teknologi maklumat tersebut.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru memperkenalkan tajuk pengajaran yang ingin di ajar kepada murid-murid dengan menggaitkan carta dan isi pengajaran yang ingin di ajar.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menyuruh murid-murid supaya menyentuh komputer yang berada di hadapan mereka. 2. Guru sekali lagi menyuruh murid-murid supaya meneroka komputer tersebut dengan menggunakan deria sentuh iaitu memegang semua bahagian komputer dan kenalpasti bentuknya. 3. Beri peluang kepada murid-murid supaya mereka dapat membiasakan diri dengan komputer.
Langkah Kedua
1. Guru menayangkan VCD pengajaran berkenaan dengan komputer kepada murid-murid. 2. Murid menumpukan perhatian terhadap tayangan VCD pengajaran berkaitan dengan komputer ini.
Langkah Ketiga
1. Setelah selesai sesi tayangan VCD, guru bersoal jawab dengan murid-murid berkenaan dengan apa yang telah mereka lihat tadi. 2.Beri bimbingan kepada murid-murid yang masih gagal dalam mengenal komponen-komponen komputer.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Guru mengedar lembaran kerja kepada murid-murid. 2. Beri arahan kepada murid-murid bagaimana cara untuk membuat latihan tersebut. 3. Guru membimbing murid-murid untuk menyiapkan tugasan yang di beri. 4. Setelah selesai menjawabnya, lembaran kerja tersebut dikutip semula untuk di semak.
Latihan Kendiri
1. Guru memberi sampul dan kertas lukisan kepada murid-murid. Kemudian, murid-murid di kehendaki membaca secara kuat perkataan yang terdapat di dalam sampul mereka. 2. Murid-murid juga di kehendaki melukis komputer pada kertas lukisan yang di beri untuk tujuan melihat sama ada murid-murid dapat mengenal bentuk sebenar komputer.

Penutup Pengajaran

1. Guru memilih secara rawak beberapa orang murid dan meminta murid tersebut memberitahu nama komponen komputer yang di tunjukkan oleh guru. 2. Guru mengarahkan semua murid menyebut semula nama-nama komponen komputer yang telah mereka pelajari hari ini.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Pengajaran ini dapat mendidik murid-murid cara mengendalikan komputer dan mengetahui bahagian-bahagian komputer. Murid-murid akan lebih memahami cara pengunaan komputer.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 4050 kali