Diterbitkan Lampu Isyarat.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Afida binti Md Hussin.

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
4.0 Membaca.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Membaca dan membina ayat pendek berdasarkan gambar.
Objektif: 
Pada akhir pelajaran, murid dapat; a) Membaca ayat pendek berdasarkan gambar. b) Membina ayat mudah.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid pernah melihat lampu isyarat.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
Murid diterangkan cara membaca ayat dengan betul dan diberi bimbingan terlebih dahulu untuk membina ayat.
Bahan Bantu Mengajar: 
Kad gambar.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru meminta semua murid melihat dengan teliti apa yang akan dilakukan oleh guru.

2. Guru pergi ke depan dan lukis satu bulatan di atas papan putih. Kemudian, guru buat pula bulatan yang kedua di bawah bulatan tadi. Guru tanya murid, "Ada berapa bulatan?".

3. Kemudian guru buat bulatan yang ketiga di bawah bulatan yang kedua tadi. Guru menyoal lagi, "Sekarang ada berapa bulatan?".

4. Guru bertanya murid, "Pernah atau tidak melihat bulatan seperti ini?".

5. Kalau murid tidak dapat menjawab, guru bagi pembayang kepada murid seperti berikut;
a) "Benda ini ada di jalan raya".

b) Bulatan yang dilukis oleh guru tadi, guru tambah petak di luar ketiga-tiga bulatan tadi aitu bentuk lampu isyarat.

6. Seterusnya, guru tanya lagi "Sekarang kamu nampak apa?". (Jawapannya, lampu isyarat).

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Murid pernah melihat lampu isyarat. Oleh it, guru mengingatkan kembali murid dengan meminta murid beramai-ramai menyebut warna lampu isyarat yang pernah mereka lihat.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru bertanya murid semula, "Tadi cikgu lukis gambar apa?". 2. Guru bertanya lagi, "Pernah atau tidak melihat lampu isyarat?". 3. Guru memberitahu, di hadapan sekolah ada lampu isyarat. 4. Kemudian, guru buat kolum di atas papan putih sebanyak lima jalur dan setiap murid dikehendaki melukis lampu isyarat mengikut giliran masing-masing. 5. Pertama, guru yang pilih murid. Kemudian, murid yang dipilih oleh guru memilih sendiri rakan mereka yang seterusnya untuk melukis di hadapan sehinggalah murid yang akhir. 6. Guru memperkenalkan isi pelajaran hari ini bertajuk "Lampu isyarat" sambil guru menunjukkan gambar lampu isyarat.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru melekatkan gambar lampu isyarat yang diperbuat daripada gabus pada papan putih. 2. Guru buat anak panah di tepi setiap bulatan lampu isyarat. 3. Guru bagi penerangan bagi setiap bulatan iaitu; a) Bagi bulatan atas yang bewarna merah guru tulis kenderaan berhenti. b) Bulatan di tengah adalah kuning, kenderaan bersedia untuk berhenti. c) Bulatan di bawah adalah berwarna hijau iaitu kenderaan bergerak. 4. Kemudian, di bawah lampu isyarat, guru membuat ayat pendek iaitu; a) Lampu kuning kenderaan bersedia untuk berhenti. b) Lampu merah kenderaan berhenti. c) Lampu hijau kenderaan bergerak. 5. Pertama, guru baca dahulu ayat tersebut dan meminta murid mendengar. 6. Kemudian, guru baca bersama-sama murid. 7. Selepas itu, murid seorang demi seorang datang ke depan membaca ayat dan murid lain ikut.
Langkah Kedua
1. Guru mengedarkan kertas kepada semua murid. 2. Guru meminta murid melukis gambar lampu isyarat pada kertas tersebut dan warnakan ikut warna lampu isyarat. 3. Kemudian, guru membuat ayat dan meminta murid menyambung ayat tersebut supaya menjadi ayat yang lengkap iaitu; "Hari ini saya pergi ke sekolah naik kereta. Ayah yang hantar saya. Kereta ayah berhenti. Saya nampak lampu isyarat di hadapan. Ayah pandu perlahan. Kemudian, ayah melihat lampu isyarat warna merah. Ayah ______________".
Langkah Ketiga
Guru berlakon bersama-sama murid 1. Guru main peranan sebagai lampu isyarat dan murid-murid berlakon memandu kenderaan masing-masing. 2. Guru tunjuk lampu merah dan murid-murid buat gaya sedang berhenti. Guru tunjuk lampu hijau, murid-murid buat gaya kenderaan bergerak.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru membimbing murid menjawap lembaran kerja yang diberikan.
Latihan Kendiri
Semua murid diminta menutup jawapan mereka. Kemudian, guru bertanya secara lisan soalan yang dibuat pada lembaran kerja mereka tadi.

Penutup Pengajaran

Guru memuji dan memberi tepukan kepada semua murid kerana pandai berlakon dan berani mencuba.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid boleh cuba memberitahu rakan-rakan yang lain di dalam kelas dan membantu mereka apabila mereka berada di jalan raya nanti.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 2934 kali