Diterbitkan MARI MENGENAL BUAH-BUAHAN

Penulis: 
MOHAMAD SYAKIRIN AIMAN DAN TENGKU AZNIZA

Perancangan Sebelum Pengajaran

Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
1.0 Hubungan manusia dan masyarakat 1.5.3 Tumbuhan (Buah-buahan)
Objektif: 
Kumpulan aras sederhana (i) Menerangkan kepada guru nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerita Epal yang sombong Kumpulan aras rendah (ii) Menyebut semula nama buah-buahan epal, durian, anggur, pisang, oren dan tembikai secara lisan (iii) Menyebut semula warna buah-buahan epal, durian, anggur, pisang dan oren (iv) Memadankan buah dengan warna yang betul
Kemahiran Sedia Ada: 
Pernah makan beberapa jenis buah-buahan

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Set Induksi
-Guru mengeluarkan sebiji epal dalam kotak ajaib dan menunjukkan kepada murid
-Guru meminta murid menyebut nama buah yang dipegang oleh guru secara beramai-ramai

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
2. Perkaitan dengan pelajaran yang lalu Guru bertanya kepada murid sama ada mereka pernah makan buat tersebut dan minta mereka memberitahu rasa buah yang pernah mereka makan
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
3. Memperkenalkan pengajaran -Guru memberitahu murid bahawa pada hari ini mereka akan melihat dan mendengar cerita Epal yang sombong -Setelah selesai dengan cerita Epal yang sombong, guru memberitahu murid bahawa kita tidak boleh bersikap sombong dengan orang lain.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Memodel -Murid menonton video buah-buahan -Guru menyanyi bersama – sama dengan murid(video diulang beberapa kali)
Langkah Kedua
2. Membimbing -Guru menggunakan power point interaktif yang mengandungi pelbagai aktiviti untuk murid -Guru bersama – sama dengan murid menjawab soalan kuiz yang disediakan dalam power point Kumpulan Aras Sederhana Kumpulan Aras Rendah Murid dibimbing dengan guru memberitahu nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerita epal yang sombong Murid dibimbing untuk melakukan kuiz yang telah disediakan
Langkah Ketiga
3. Mencuba -Murid dinilai dengan menggunakan lembaran kerja yang disediakan. Guru membimbing apabila melihat murid tidak dapat melakukan sedemikian. Kumpulan Aras Sederhana Kumpulan Aras Rendah Murid diminta untuk menulis semula perkataan buah – buahan yang diberikan oleh guru Murid diminta untuk memadankan perkataan buah-buahan dengan gambar yang betul

Penutup Pengajaran

Guru membuka semula video buah-buahan dan minta murid menyanyi bersama-sama

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Guru memilih masa yang sesuai dengan membawa murid ke kedai buah-buahan.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 986 kali