Diterbitkan Memasak Puding Mangga

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Nor Sa’adah Binti Mohamed Masri.

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
1.3 Mengamalkan langkah-langkah keselamatan diri. 1.3.1 Keselamatan diri. 1.3.2 Keselamatan alatan. 1.3.3 Keselamatan di dapur. 1.7 Memasak dengan kaedah yang betul. 1.7.1 Cara penyediaan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Pelajaran hari ini berkaitan dengan memasak dan menghias pencuci mulut iaitu puding mangga.
Objektif: 
Pada akhir pembelajaran, dengan bimbingan guru, murid dapat; 1. Mengetahui cara memasak puding dengan betul. 2. Mempelajari cara menghias puding supaya menarik. 3. Menjaga keselamatan diri ketika memasak.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid pernah diajar memasak di atas dapur.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Memperkenalkan bahan dan alatan memasak puding. 2. Tunjuk cara memasak puding. 3. Murid melakukan aktiviti memasak puding. Masukkan ½ cawan air ke dalam periuk. b) Letakkan periuk di atas dapur dan biarkan sehingga mendidih. c) Masukkan 3 sudu serbuk puding. d) Kecilkan api, kacau sehingga mendidih. Kemudian, padamkan api. e) Tuangkan puding ke dalam acuan. Biarkan sejuk. f) Setelah puding keras, keluarkan daripada acuan dan masukkan ke dalam pinggan. g) Hiaskan. Puding boleh dihidangkan dan dimakan. 4. Guru memastikan murid memahami langkah-langkah yang ditunjukkan.
Bahan Bantu Mengajar: 
Air, serbuk puding, puzzle, kad abjad, puding yang telah siap dimasak dan dihias, hiasan (buah oren, buah mangga dan ceri).

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru meletakkan puzzle gambar puding di papan putih secara tidak teratur. Murid melihat puzzle yang dilekatkan oleh guru.

2. Guru menyuruh murid menyusun gambar. Murid menyusun puzzle menjadi gambar puding.

3. Kemudian, guru menyuruh murid meneka gambar yang telah disusun. Murid meneka gambar.

4. Selepas itu, guru menyuruh murid mengambil abjad untuk membentuk perkataan puding. Guru membimbing murid membuat aktiviti.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Guru menunjukkan gambar pelbagai jenis puding. 2. Guru menyoal murid dengan soalan berikut; a) "Siapa pernah makan puding?". b) "Apa rasa puding?". c) "Siapa suka makan puding?". 3. Murid menjawab soalan guru.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru menunjukkan contoh puding yang telah siap di masak. Murid melihat dan memberikan perhatian. 2. Guru menyatakan bahawa hari ini murid akan belajar memasak dan menghias puding.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
-Memperkenalkan bahan dan alatan memasak puding. 1. Guru menulis nama bahan dan alatan di papan tulis. 2. Guru menunjukkan nama bahan di papan tulis dan minta murid menunjukkan bahan. 3. Murid tunjuk bahan berdasarkan nama bahan di papan tulis. 4. Kemudian, guru menyuruh murid menyebut nama bahan tanpa melihat perkataan di papan tulis. Murid menyebut nama bahan satu persatu.
Langkah Kedua
A) Tunjuk cara memasak puding. 1. Guru menunjukkan carta langkah-langkah memasak puding. Murid melihat dan memberikan perhatian. 2. Guru menyuruh murid membaca langkah-langkah tersebut. Murid membaca secara kelas dan individu dengan bimbingan guru. 3. Guru menunjukkan cara memasak puding mengikut langkah tersebut iaitu; a) Masukkan ½ cawan air ke dalam periuk. b) Letakkan periuk di atas dapur dan biarkan sehingga mendidih. c) Masukkan 3 sudu serbuk puding. d) Kecilkan api, kacau sehingga mendidih. Kemudian, padamkan api. e) Tuangkan puding ke dalam acuan. Biarkan sejuk. f) Setelah puding keras, keluarkan daripada acuan dan masukkan ke dalam pinggan. g) Hiaskan. Puding boleh dihidangkan dan dimakan. 4. Guru memastikan murid memahami langkah-langkah yang ditunjukkan.
Langkah Ketiga
B) Murid melakukan aktiviti memasak puding. 1. Guru menyuruh seorang demi seorang murid untuk memasak puding. 2. Murid perlu memasak puding masing-masing, mengikut langkah-langkah yang ditunjukkan. 3. Guru memastikan murid mengamalkan langkah keselamatan sewaktu memasak. 4. Murid membaca langkah-langkah sewaktu memasak. Murid memasak mengikut langkah yang betul. 5. Guru membimbing murid memasak puding mangga sehingga selesai.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Guru membimbing murid membuat aktiviti. 2. Guru menyuruh murid membaca langkah-langkah memasak puding secara kelas dan individu dengan bimbingan guru. 3. Guru membimbing murid memotong buah untuk menghias puding. 4. Guru membimbing murid memasak puding mangga sehingga selesai.
Latihan Kendiri
1. Murid menyebut nama bahan satu persatu tanpa melihat perkataan di papan tulis. 2. Murid menghias puding mengikut kreativiti masing-masing.

Penutup Pengajaran

-Menghias puding. 1. Guru menyuruh murid mengambil bahan-bahan untuk menghias puding. Setiap murid mengambil buah oren, buah mangga dan buah ceri. 2. Guru membimbing murid memotong buah untuk menghias puding. Murid memotong buah dengan pengawasan daripada guru. 3. Guru menunjukkan cara menghias puding supaya cantik dan menarik. Murid menghias puding mengikut kreativiti masing-masing. 4. Guru menyoal kembali, 'Apa yang kamu masak hari ini?". Murid menjawab, "Puding mangga". 5. Guru menyuruh murid makan puding yang mereka masak. Murid makan puding masing-masing. Murid menyatakan rasa puding kepada guru. 5. Guru merumuskan isi pelajaran.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid boleh membuat puding sendiri.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 2821 kali