Diterbitkan Membalut Hadiah.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Nor Sa’adah Binti Mohamed Masri

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
4.2 Mereka kraf mudah untuk kegunaan tertentu. 4.2.1 Kraf tangan menggunakan bahan semula jadi.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Pelajaran hari ini berkaitan dengan membalut hadiah.
Objektif: 
Pada akhir pelajaran, dengan bimbingan guru, murid dapat membaca ayat pendek. Murid juga dapat menyusun ayat mengikut urutan yang betul. Murid juga dapat membalut hadiah masing-masing.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid pernah mendapat hadiah, menggunting, menggam dan melipat kertas.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Menulis nama alatan untuk membalut hadiah. 2. Membaca ayat. 3. Membungkus hadiah. 4. Menyusun kad ayat.
Bahan Bantu Mengajar: 
Hadiah, kertas pembelut hadiah, gam plastik, kotak, riben dan kad ayat.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru menyuruh murid mencari sesuatu di bawah meja masing-masing. Murid menjumpai sebuah kotak yang dibalut dengan pembalut hadiah.

2. Guru menyuruh murid meletakkan kotak tersebut di atas meja. Murid meletakkan kotak yang mereka jumpa di atas meja.

3. Guru bersoal jawab dengan murid, "Apa yang kamu jumpa di bawah meja?". Murid menjawab, "hadiah".

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Guru menyoal murid berkaitan dengan hadiah iaitu; a) "Siapa yang pernah mendapat hadiah?". b) "Siapa yang beri kamu hadiah?". c) "Apa hadiah yang kamu dapat?". 2. Murid menjawab soalan guru.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru menyuruh murid menunjukkan hadiah yang mereka perolehi tadi. 2. Guru menyatakan bahawa pada hari ini, murid akan diajar cara-cara membalut hadiah.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
- Menulis nama alatan untuk membalut hadiah. 1. Guru menunjukkan alatan untuk membalut hadiah. Murid melihat alatan yang ditunjukkan. 2. Guru menyuruh murid menyebut nama alatan yang ditunjukkan.Murid menyebut nama alatan. 3. Guru membimbing murid menulis nama alatan membalut hadiah di dalam buku. 4. Murid menulis nama alatan di dalam buku tulis. 5. Guru membimbing murid membuat aktiviti.
Langkah Kedua
- Membaca ayat. 1. Guru menunjukkan tujuh ayat bagi cara-cara membalut hadiah. Guru membimbing murid membaca ayat tersebut. 2. Murid membaca ayat secara kelas dan kemudian secara individu. 3. Guru menyuruh murid menyalin ayat tersebut ke dalam buku. Murid menyalin ayat ke dalam buku.
Langkah Ketiga
1. Guru memberikan murid sebuah kotak, hadiah dan pembalut hadiah. 2. Guru menunjukkan satu persatu cara membalut hadiah mengikut analisis tugasan yang dibaca tadi. 2. Murid mendapat alatan untuk membalut. Murid melakukan aktiviti membalut dengan pengawasan guru. 3. Guru menyuruh murid membaca kad ayat sambil membalut hadiah. Murid membaca kad ayat sebelum setiap langkah itu dimulakan. 4. Guru memastikan setiap murid membalut hadiah masing-masing. 5. Akhirnya, setelah kotak siap guru menyuruh murid melilitkan riben pada kotak. 6. Guru membimbing murid membalut hadiah dan melilitkan riben.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Guru membimbing murid menulis nama alatan membalut hadiah di dalam buku. 2. Guru membimbing murid membalut hadiah dan melilitkan riben. 3. Guru membimbing murid melakukan aktiviti menyusun ayat mengikut ururtan yang betul.
Latihan Kendiri
1. Murid membaca ayat secara individu dan menyalin ayat tersebut ke dalam buku. 2. Setiap murid membaca ayat cara-cara membalut hadiah satu persatu.

Penutup Pengajaran

1. Guru menyuruh murid menunjukkan hadiah yang telah mereka siap balut. 2. Guru memuji dan memberikan ganjaran kepada murid yang membalut hadiah paling cantik. 3. Guru merumuskan pelajaran.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid boleh membalut hadiah untuk diberikan kepada orang lain.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 7472 kali