Diterbitkan Membasuh tangan dengan cara yang betul dan teratur.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
MUHAMMAD NURILLHAFFIZS BIN OTHMAN & MUHAMMAD AFIQ BIN DARDURI.

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
2.4 Membersihkan bahagian anggota badan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Pelajaran hari ini menjaga kesihatan tubuh badan. Pelajar akan di ajar cara membasuh tangan dengan cara yang betul dan teratur.
Objektif: 
Pada akhir pembelajaran, murid dapat; a. Menamakan kad gambar membasuh tangan. b. Memadankan kad gambar membasuh tangan dengan kad perkataan. c. Membasuh tangan mengikut cara yang betul dan mengikut tertib yang teratur.
Kemahiran Sedia Ada: 
Pelajar telah mengetahui cara membasuh tangan.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Mempamerkan gambar. 2. Penerangan tentang gambar. 3. Menunjukkan kad perkataan. 4. Murid diminta memberi jawapan kepada gambar yang ditunjukkan. 5. Memadankan kad perkataan dengan kad gambar. 6. Mendemontrasikan cara membasuh tangan menggunakan powerpoint. 7. Guru mendemontrasikan cara membasuh tangan. 8. Pelajar membasuh tangan secara sendiri dan secara bimbingan.
Bahan Bantu Mengajar: 
Powerpoint, kad gambar dan kad perkataan.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru bertanya kepada murid mengenai kepentingan membasuh tangan dengan cara yang betul dan teratur.

2. Murid menjawab soalan guru.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Guru mempamerkan gambar kad membasuh tangan secara teratur. 2. Guru meminta murid menyusun daripada gambar pertama hingga yang paling akhir seperti yang ditunjukkan.
Kad gambar mencuci tangan mengikut urutan.

Kad gambar.

Kad gambar mencuci tangan mengikut urutan.

Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru memberitahu kepada murid hari ini, mereka akan belajar membasuh tangan dengan cara yang betul dan teratur.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru memperkenalkan alatan membasuh tangan, sabun, tuala kering dan air. 2. Guru mempamerkan gambar satu persatu. 3. Guru mengemukakan soalan berkaitan gambar tadi. 4. Murid menyatakan jawapan berdasarkan gambar yang ditunjukkan.
Langkah Kedua
1. Guru membimbing semua pelajar membaca kad perkataan. 2. Guru meminta pelajar membaca kad perkataan tersebut seorang demi seorang. Setiap seorang akan membaca satu langkah membasuh tangan. 3. Guru menunjukkan kad perkataan dan minta murid membaca secara beramai-ramai. 4. Guru melekatkan kad gambar dan kad perkataan di papan putih. 5. Guru memadankan kad gambar dengan kad perkataan mengikut cara yang teratur. Dengan bimbingan, guru memilih seorang pelajar untuk memadankan kad perkataan dengan kad gambar. 6. Seorang pelajar akan memadankan satu kad perkataan dengan kad gambar. 7. Guru memadankan lagi kad gambar dengan kad perkataan secara teratur dan murid akan membantu guru.
Langkah Ketiga
-Mendemonstrasikan membasuh tangan 1. Guru mendemontrasikan sendiri cara membasuh tangan dengan betul dan teratur. 2. Murid membuat aktiviti membasuh tangan di sinki dengan bimbingan guru. 3. Murid membasuh tangan sambil diperhatikan oleh guru.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru membimbing murid membasuh tangan dengan cara yang betul dan teratur.
Latihan Kendiri
Murid diminta menjawab soalan yang terdapat pada powerpoint yang ditayangkan oleh guru.
Soalan-soalan berkaitan dengan cara mencuci tangan dengan betul dan teratur.

Soalan

Soalan-soalan berkaitan dengan cara mencuci tangan dengan betul dan teratur.

Penutup Pengajaran

1. Guru merumuskan pelajaran hari ini. 2. Guru memberi pesanan kepada murid supaya membasuh tangan dengan betul dan teratur supaya diri menjadi lebih sihat dan bersih.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Sebelum ke kantin guru akan menyuruh murid untuk membasuh tangan dengan betul dan teratur.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 11886 kali