Diterbitkan Membentuk Mobail Ikan.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Bavani a/p Ganason.

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR Tahun 4. 3.0 Membentuk dan membuat binaan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid menghasilkan mobail ikan yang kreatif.
Objektif: 
Di akhir pelajaran, murid dapat; 1. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman murid tentang membuat mobail ikan. 2. Meningkatkan kemahiran kawalan tangan dan motor halus semasa menampal, memotong dan mengikat. 3. Memberi kefahaman kepada murid tentang kehidupan laut dan sikap tolong menolong semasa aktiviti dijalankan.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid-murid pernah makan ikan dan memelihara ikan.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Guru menerangkan tentang hidupan di dasar laut. 2. Murid mendengar penerangan tentang hidupan di dasar laut. 3. Murid melihat contoh mobail ikan guru. 4. Guru mengedarkan bahan yang diperlukan. 5. Guru bercerita tentang mobail ikan. 6. Guru menunjukkan cara melukis bentuk ikan dengan menyediakan dasar kepada murid (rabun). 7. Murid melukis berpandukan dasar yang diberikan. 8. Murid mewarnakan bentuk ikan. 9. Guru membantu murid untuk mengunting dan menebuk lubang. 11. Guru menunjukkan cara mengikat dengan betul dengan penyangkut baju dan murid mengikut arahan guru. 12. Murid mengikat dengan kemas.
Bahan Bantu Mengajar: 
Ikan diperbuat daripada kadboard, pensil, pemadam, benang, gunting, "puncher", penyangkut baju dan kertas warna.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru meminta murid menyebut nama beberapa jenis ikan dan dua jenis hidupan laut dan darat.

2. Murid melihat contoh mobail guru dan menjawab secara individu.

3. Guru menunjukkan contoh mobail ikan yang siap kepada murid dan menyuruh murid melihatnya.

4. Guru menceritakan tentang mobail.

5. Guru mengaitkan dengan isi pelajaran.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Selepas melihat contoh mobial ikan, guru menyoal murid-murid tentang mobail yang pernah dilihat oleh mereka.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Murid melihat dan merasa contoh yang ditunjukkan (guru tidak menyatakan tajuk terlebih dahulu kepada murid). 2. Murid meneka dahulu setelah melihat dan merasa dengan sentuhan.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menerangkan kepada murid aktiviti yang disediakan untuk mereka dan cara menghasilkan mobail ikan yang kreatif. 2. Guru menyediakan bahan-bahan yang diperlukan kepada murid dan menyebutnya satu persatu. 3. Guru menyediakan dasar berbentuk ikan kepada murid. 4. Setiap murid melihat dasar yang diberikan kepadanya. 5. Guru menyediakan beberapa contoh mobail selain mobail ikan. 6. Murid melihat mobail tersebut dengan sentuhan (murid rabun).
Langkah Kedua
1. Guru menunjukkan cara melukis gambar ikan dan murid melukis dengan bimbingan guru dengan menggunakan dasar yang diberikan. 2. Guru membantu murid dengan memotong dasar berbentuk ikan selepas dilukis. 3. Guru menunjukkan cara mewarnakan dasar ikan dengan betul dan murid mewarnakannya. 4. Guru menunjukkan cara menebuk lubang di atas ikan yang sudah siap dipotong dan dilekatkan dengan kertas warna atau diwarnakan. 5. Murid menebuk lubang dengan bantuan guru. 6. Guru meminta murid menjahitkan benang ke lubang yang ditebuk dan murid menjahitkannya dengan kemas mengikut arahan guru. 7. Guru membantu murid rabun teruk menjahit satu demi satu dengan memegang tangan mereka.
Langkah Ketiga
1. Guru menunjukkan cara mengikat ikan dengan cara betul menggunakan benang untuk menggantungkannya. 2. Murid mengikut arahan guru mengikat dengan benang melalui lubang yang disediakan. 3. Murid diminta mengikat ikan di penyangkut baju. 4. Guru meminta murid perhatikan imbangan mobail ikan dan murid memerhatikan imbangannya. 5. Hasil karya murid telah siap digantung.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Guru menggunakan teknik psikomotor halus iaitu tangan atas tangan untuk membimbing murid rabun menjahit di sekeliling lubang yang disediakankan. 2. Guru juga menggunakan teknik yang sama untuk mewarnakan.
Latihan Kendiri
Murid dapat menjahit, mengikat dan mewarna dengan sendiri apabila ditunjuk ajar oleh guru.

Penutup Pengajaran

1. Guru menilai hasil kerja murid. 2. Murid sama-sama melihat dan merasakan dengan sentuhan hasil kerja kawan-kawan lain. 3. Guru memuji hasil kerja semua murid.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Dengan penghasilan mobail ikan, murid dapat melihat keseimbangan antara sesuatu objek dan dapat membentuk mobail untuk dijadikan perhiasan dalam bilik tidur, di sekolah dan sebagainya.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 7960 kali