Diterbitkan Membina dan membaca suku kata

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Junaidi Bin Adol, Azmi Bin Hj. Abdullah.

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
4.0 Membaca 4.1 Membina dan membaca suku kata
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
1. Murid membina tiga daripada lima suku kata. 2. Murid membaca tiga daripada lima suku kata.
Objektif: 
Di akhir pengajaran ini murid dapat: 1. Membina tiga daripada lima suku kata dan perkataan dengan bimbingan guru. 2. Membaca tiga daripada lima suku kata dan perkataan dengan bimbingan guru.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid telah mengenal huruf a hingga z.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Menyebut huruf-huruf yang di perolehi daripada belon yang di pecahkan. 2. Memilih satu kad huruf konsonan dan satu lagi kad huruf vokal. 3. Murid di bimbing oleh guru untuk membina suku kata konsonan + vokal (K+V). 4. Menyebut suku kata yang ditunjukkan secara berulang-ulang. 5. Mencantum dua suku kata kosonan vokal + kosonan vokal (KV+KV) untuk membentuk perkataan.
Bahan Bantu Mengajar: 
1. Belon. 2. Kad huruf vokal dan konsonan. 3. Kad bergambar. 4. Lembaran kerja. 5. Kotak. 6. Gula-gula.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru membawa lima belon berbagai warna yang telah di tiup.

2. Di dalam belon tersebut mengandungi kad-kad huruf vokal.

3. Lima orang murid dipanggil ke hadapan dan mengambil belon tersebut.

4. Murid di minta memecahkan belon tersebut secara bebas.

5. Setelah belon pecah, murid di minta mengambil kad-kad huruf berkenaan dan melekatkannya di papan
tulis.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru meminta murid-murid menyebut huruf-huruf yang diperolehi daripada belon yang dipecahkan tadi.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru menerangkan kepada murid-murid pelajaran hari ini adalah membina dan membaca tiga daripada lima suku kata.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Murid ditunjukkan dua kotak yang mengandungi kad-kad huruf vokal dan konsonan secara berasingan. 2. Murid diminta datang ke hadapan kelas untuk memilih satu kad huruf konsonan dan satu lagi kad huruf vokal. 3. Huruf yang di pilih di lekatkan di papan tulis. 4. Murid bersoal jawab dengan guru mengenai huruf yang di lekatkan. 5. Murid di bimbing oleh guru untuk membina suku kata kosonan+vokal (K+V). 6. Murid di bimbing untuk menyebut suku kata tersebut. 7. Aktiviti ini di lakukan berulang kali dengan menggunakan huruf yang berlainan.
Langkah Kedua
1. Murid di tunjukkan beberapa suku kata di papan tulis. 2. Murid di bimbing untuk menyebut suku kata yang di tunjukkan secara berulang-ulang. 3. Guru mempamerkan beberapa kad bergambar di papan tulis. 4. Murid dan guru bersoal jawab tentang gambar yang di lihat. 5. Berdasarkan gambar tersebut, murid di bimbing untuk mencantum dua suku kata kosonan vokal + kosonan vokal(KV+KV) untuk membentuk perkataan. 6. Kemudian murid di bimbing untuk menyebut perkataan-perkataan tersebut.
Langkah Ketiga
1. Guru menampal kad suku kata di papan tulis. 2. Murid di minta membina perkataan daripada suku kata gambar. 3. Kemudian, murid di minta menyebut perkataan tersebut.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Murid dibimbing oleh guru untuk membina suku kata konsonan + vokal (K+V). 2. Murid di bimbing untuk menyebut suku kata tersebut. 3. Aktiviti ini di lakukan berulang kali dengan menggunakan huruf yang berlainan. 4. Murid di bimbing untuk menyebut suku kata yang di tunjukkan secara berulang-ulang. 5. Berdasarkan gambar, murid di bimbing untuk mencantum dua suku kata kosonan vokal + kosonan vokal (KV+KV) untuk membentuk perkataan. 6. Kemudian murid di bimbing untuk menyebut perkataan-perkataan tersebut. 7. Guru membimbing murid untuk menyiapkan tugasan yang di berikan.
Latihan Kendiri
Murid di minta membina perkataan daripada suku kata gambar. Kemudian, murid di minta menyebut perkataan tersebut.

Penutup Pengajaran

1. Murid di minta untuk mengangkat tangan untuk menyebut suku kata atau perkataan berdasarkan kad yang di tunjukkan oleh guru. 2. Guru akan memberi sebiji gula-gula dan pujian kepada murid yang dapat menyebut suku kata atau perkataan yang di tunjukkan dengan betul. 3. Kemudian, semua murid menyebut suku kata atau perkataan tersebut.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Membolehkan murid membaca perkataan-perkataan pendek.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 13491 kali