Diterbitkan Membuat Origami Baju dan Seluar Kertas

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Afida binti Md Hussin

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
3.1.3 Mereka dan membuat binaan terkawal.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Membuat Origami baju dan seluar.
Objektif: 
Di akhir pelajaran, murid dapat; 1. Mmelipat kertas untuk origami baju dan seluar mengikut urutan. 2. Mengawal koordinasi mata dan tangan dengan baik.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid kenal baju dan seluar.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Langkah-langkah membuat origami baju ialah; a. Sekeping kertas lipat kepada dua bahagian. b. Buka lipatan. Lipat bahagian kanan dan kiri ke tengah lipatan. c. Lipatkan ke dalam pada bahagian atas. d. Bahagian atas di lipatkan ke dalam menjadi bentuk segitiga pada bahagian kanan dan kiri mengikut bucu bawah kanan dan kiri. e. Bahagian bawah di lipatkan ke dalam menjadi bentuk segitiga pada bahagian kanan dan kiri ikut bucu kanan dan kiri. f. Angkat bahagian bawah dan lipat ke bawah kolar baju. 2. Langkah-langkah membuat origami seluar seperti berikut; a. Sekeping kertas. b. Bahagian atas di lipatkan sedikit pada bahagian depan dan belakang. c. Lipatkan separuh pada bahagian kanan dan kiri. d. Pada bahagian kaki seluar, lipatkan sedikit pada sebelah kanan dan kiri. Gunting sedikit pada bahagian tengah seluar kemudian gamkan.
Bahan Bantu Mengajar: 
1. Kertas warna saiz A4. 2. Gunting. 3. Gam. 4. Kertas lukisan. 5. Pensel. 6. Pemadam. 7. Pensel warna.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru keluarkan satu kotak yang di dalamnya berisi pakaian iaitu baju dan seluar.

2. Guru pergi mendekati murid seorang demi seorang dan meminta mereka memasukkan tangan ke dalam kotak dan sentuh barang di dalamnya.

3. Guru bertanya kepada murid apa yang mereka sentuh. Jikalau tidak dapat meneka, guru bagi pembayang seperti berikut;
a. Sejenis pakaian.

b. Kegunaannya untuk menutup tubuh badan kita.

c. Ba___,se_________.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Apakah jenis baju yang kamu suka? 2. Apakah jenis seluar yang kamu suka?
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru keluarkan origami baju dan seluar yang telah siap sambil memainkan cerita pendek antara dua orang (seperti puppet),kemudian guru perkenalkan pelajaran hari ini iaitu membuat origami baju dan seluar yang boleh dipakaikan kepada anak patung. 4. Guru meminta semua murid melihat dan mendengar dengan teliti bahan yang akan ditunjukkan oleh guru. 5. Guru perkenalkan alatan yang diperlukan iaitu kertas warna saiz A4, gunting, gam, kertas lukisan, pensel, pemadam dan pensel warna.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru meminta semua murid datang ke depan untuk mendengar guru menerangkan cara-cara membuat origami. Guru menerangkan sambil tunjuk cara membuat origami. 2. Murid diminta tumpukan perhatian. 3. Guru menunjukkan langkah-langkah membuat origami baju ialah; a. Sekeping kertas lipat kepada dua bahagian. b. Buka lipatan. Lipat bahagian kanan dan kiri ke tengah lipatan. c. Lipatkan ke dalam pada bahagian atas. d. Bahagian atas di lipatkan ke dalam menjadi bentuk segitiga pada bahagian kanan dan kiri mengikut bucu bawah kanan dan kiri. e. Bahagian bawah di lipatkan ke dalam menjadi bentuk segitiga pada bahagian kanan dan kiri ikut bucu kanan dan kiri. f. Angkat bahagian bawah dan lipat ke bawah kolar baju. 3. Pengulangan demi pengulangan di lakukan oleh guru supaya murid lebih faham. 4. Guru mengedarkan kertas warna untuk melipat kertas menjadi origami baju.
Langkah Kedua
1. Guru mengajar pula langkah-langkah membuat origami seluar seperti berikut; a. Sekeping kertas. b. Bahagian atas di lipatkan sedikit pada bahagian depan dan belakang. c. Lipatkan separuh pada bahagian kanan dan kiri. d. Pada bahagian kaki seluar, lipatkan sedikit pada sebelah kanan dan kiri. Gunting sedikit pada bahagian tengah seluar kemudian gamkan. 2. Guru mengedarkan kertas warna untuk di buat seluar dan murid memilih sendiri warna kesukaan mereka. 3. Guru mengarahkan murid bermula mengikut urutan langkah demi langkah seperti yang di tunjukkan guru tadi. 4. Sambil buat, guru membantu murid yang masih lemah.
Langkah Ketiga
1. Setelah siap origami baju dan origami seluar tadi, semua murid di berikan sekeping kertas lukisan. 2. Guru meminta murid menampal seluar di atas baju. 3. Kemudian, di tampalkan di atas kertas lukisan. 4. Murid di minta melukis muka, tangan, kaki, tali leher dan tali pinggang mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan contoh guru. 5. Guru memuji semua murid sebagai peneguhan.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru membimbing murid membuat origami baju dan origami seluar mengikut urutan langkah demi langkah.
Latihan Kendiri
1. Guru meminta murid menampal seluar di atas baju. 2. Kemudian, tampalkan di atas kertas lukisan. 3. Murid di minta melukis muka, tangan, kaki, tali leher dan tali pinggang mengikut kreativiti masing-masing.

Penutup Pengajaran

1. Guru bertanya murid adakah mereka seronok membuat aktiviti ini. 2. Murid diminta mengangkat hasil kerja mereka dan menunjukkan kepada rakan-rakan. 3. Pujian diberikan kepada semua murid kerana berjaya menyiapkan origami baju dan seluar yang cantik.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Guru memberi peluang kepada murid menghasilkan origami mengikut kreativiti masing-masing dan melatih mereka mengenal pakaian dalam kehidupan seharian.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 36083 kali