Diterbitkan Mencucuk manik

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Fuziah Bt Muhammaddin

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
2.6 Menghasilkan kerja tangan. 2.6.1 Kerja tangan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
1. Pengajaran ini akan mengajar murid dalam menghasilkan kerja tangan iaitu dengan mencucuk manik, memasukkan manik ke dalam dawai lembut ataupun tali. 2. Pengajaran hari ini akan memberi tumpuan kepada koordinasi mata serta tangan murid dalam memperbaiki dan mempertingkatkan kemahiran motor halus tangan murid.
Objektif: 
Di akhir pengajaran, murid boleh memberikan tumpuan dalam koordinasi mata serta tangan (kemahiran motor halus murid).
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid mempunyai kemahiran motor halus di tahap yang sederhana.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Murid mengambil manik. 2. Murid memegang manik menggunakan tangan. 3. Murid melihat lubang yang terdapat pada manik. 4. Murid memasukkan dawai lembut atau tali ke dalam lubang manik.
Bahan Bantu Mengajar: 
1. Manik. 2. Dawai lembut atau tali.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru mengalakkan murid menyanyikan lagu "Twinkle-twinkle little star".
“Twinkle-twinkle little star,
How I want the what you are,
Up above the world so high,
Like a diamond in the sky,
Twinkle-twinkle little star,
How I want the what you are…”

2. Nyanyian adalah bagi menarik perhatian murid sebelum memulakan aktiviti pengajaran.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Murid pernah melakukan aktiviti yang berkaitan dengan kemahiran motor halus sebelum ini iaitu berkaitan dengan penumpuan mata serta tangan.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru memberikan manik kepada murid. Guru mengenalkan manik serta tali atau dawai lembut kepada murid. (manik bersaiz besar pada permulaan) 2. Guru memberitahu kepada murid apa aktiviti yang akan di lakukan oleh mereka di dalam kelas pada hari ini. 3. Guru memberitahu murid akan memasukkan manik ke dalam dawai lembut atau tali.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
Guru menyebut perkataan manik, dawai, dan tali kepada murid sebagai perbendaharaan kata yang baru kepada murid.
Langkah Kedua
1. Memasukkan dawai lembut atau tali ke dalam lubang manik. 2. Guru menunjukkan cara yang betul bagi memasukkan dawai lembut ke dalam lubang manik kepada murid.
Langkah Ketiga
1. Bagi murid yang berada di tahap yang agak lemah, guru menyediakan aktiviti bermain dengan manik yang terdapat di dalam mangkuk. 2. Guru menyuruh murid menggaul manik yang terdapat di dalam mangkuk dengan menggunakan tangan murid. 3. Guru menyuruh murid mengambil manik dan meletakkannnya ke dalam bekas yang lain pula (dalam jumlah yang sedikit).

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru membantu semua murid dalam melakukan aktiviti memasukkan manik ke dalam dawai lembut.
Latihan Kendiri
1. Guru memberikan manik serta dawai halus atau tali kepada murid. 2. Guru menyuruh murid memasukkan manik ke dalam dawai halus tanpa bantuan daripada guru. 3. Guru hanya memberikan arahan serta melakukan pemerhatian.

Penutup Pengajaran

Guru menyuruh murid melakukan kembali aktiviti memasukkan dawai lembut ke dalam lubang yang terdapat pada manik bagi melihat objektif pengajaran guru tercapai atau tidak.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Guru menunjukkan kepada murid barang lain yang menggunakan cara yang sama dengan apa yang di lakukan oleh murid pada hari tersebut seperti gelang tangan manik.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 3095 kali