Diterbitkan Mengajar Kemahiran Perbendaharaan Kata.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Annith Binti Awang & Emmy Binti Husain.

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
4.3 Menambah perbendaharaan kata. 4.4 Membaca dan memahami ayat dalam konteks. 4.5 Membaca dan memahami bahan yang dibaca.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
1. Cerita pendek dibacakan kepada murid. 2. Mempelajari 5 takrifan perbendaharaan kata iaitu dan, tetapi, kepada, ini dan itu. 3. Memahami 5 konsep perbendaharaan kata tersebut. 4. Dapat membina ayat dengan menggunakan 5 perbendaharaan kata yang diajar.
Objektif: 
Pada akhir pelajaran, murid dapat; a) Memahami keseluruhan cerita yang disediakan oleh guru. b) Memahami makna dan konsep 5 perbendaharaan kata yang diajar oleh guru. c) Membina ayat pendek menggunakan 5 perbendaharaan kata yang diajar.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid dapat membaca dan menulis perkataan.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Guru membaca cerita pendek kepada murid. 2. Guru menerangkan konsep dan makna 5 perbendaharaan kata yang hendak diajar. 3. Murid diminta membina sendiri ayat pendek dengan menggunakan 5 perbendaharaan kata yang diajar.
Bahan Bantu Mengajar: 
Power point, kad perkataan dan gambar.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Guru menunjukkan lakonan kepada murid.

"Ini Emmy,
Ini Anis,
Ini Emmy dan Anis,
Ini Cawan,
Itu Cawan,
Anis kurus tetapi kuat makan,
Anis memberikan surat kepada Emmy."

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru meminta murid membaca petikan cerita pendek yang telah disediakan.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru menunjukkan lakonan dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang disediakan. 2. Guru memberi penerangan terhadap aksi lakonan yang dilakukan. 3. Guru membaca cerita pendek dan memberikan fokus kepada pelajaran hari ini.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru membaca cerita pendek dengan kuat, jelas, lancar dan meminta murid mendengar dengan teliti. 2. Lima Perbendaharaan kata di dalam cerita tersebut telah siap digariskan oleh guru. 3. Guru meminta murid membaca semula cerita pendek tersebut secara bergilir-gilir.
Langkah Kedua
1. Guru mengeluarkan 5 perbendaharaan kata yang bergaris di dalam cerita. 2. Guru menerangkan makna setiap perbendaharan kata yang hendak diajar. 3. Guru mendapatkan respon murid dengan bertanyakan soalan “adakah kamu semua faham penggunaan perbendaharaan kata yang diajar tadi?”. 4. Guru menerangkan dan menunjukkan konsep 5 perbendaharan kata yang diajar. 5. Guru meminta murid melakukan kembali konsep yang diajar.
Langkah Ketiga
1. Guru meminta murid membina ayat pendek dengan menggunakan 5 perbendaharaan kata yang diajar. 2. Guru memantau hasil kerja murid. 3. Guru memberikan penilaian kepada hasil kerja murid. 4. Hasil kerja yang baik dipaparkan di dalam kelas.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Murid diminta membuat ayat secara verbal dan spontan dengan bimbingan daripada guru.
Latihan Kendiri
Murid diminta membina ayat dengan sendiri tanpa bantuan guru dan mereka perlu membina ayat tersebut di dalam buku latihan.

Penutup Pengajaran

1. Guru meminta murid melekatkan kad perkataan di tempat yang kosong. 2. Melalui aktiviti ini, murid dapat mengukuhkan lagi kefahaman mereka. 3. Pujian diberikan kepada murid yang berani mencuba.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
1. Guru meminta murid mencari petikan yang mengandungi 5 perbendaharaan kata yang telah diajar oleh guru dan membawa keratan tersebut ke sekolah pada kelas yang akan datang. Ini adalah untuk memantapkan lagi kefahaman mereka. 2. Melalui pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, murid dapat mengaplikasikan perbendaharaan kata tersebut dalam penggunaan seharian.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 5735 kali