Diterbitkan Mengenal Abjad

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Aras:
Domain:
Penulis: 
Nurulsuhada Binti Salleh @ Jaafar dan Noor Hamiza Bt Mohamad

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
3.3. Mengenal dan mengecam bentuk dan bunyi pada simbol yang dilihat. 3.3.1. Bentuk dan bunyi huruf vokal dan konsonan
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Isi pelajaran hari ini adalah mengenal, mengecam nama, bunyi dan bentuk abjad serta perkaitan ketiga-tiganya.
Objektif: 
Pada akhir pembelajaran murid akan dapat: 1. Mengecam nama abjad (a, i, u, b, s, k) yang ditunjukkan. 2. Mengecam bentuk abjad (a, i, u, b, s, k) yang ditunjukkan. 3. Mengecam bunyi abjad (a, i, u, b, s, k) yang ditunjukkan. 4. Menamakan, membentuk dan membunyikan abjad (a, i, u, b, s, k) yang ditunjukkan sehingga 90 peratus ketepatan.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid sudah mengetahui menyebut nama abjad.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Menyebut nama abjad yang ditunjukkan. 2. Mengecam bentuk abjad yang ditunjukkan 3. Mengenal bunyi abjad yang ditunjukkan. 4. Memadankan nama dan bentuk abjad tersebut. 5. Memadankan nama dan bunyi abjad yang ditunjukkan. 6. Memadankan nama, bunyi dan bentuk abjad tersebut.
Bahan Bantu Mengajar: 
1. Kad Pasir 2. Pasir 3. Lembaran Kerja 4. Buah Dadu 5. Power Point
Sokongan Tingkah Laku Positif: 
1. Pujian (baik, pandai, bagus) 2. Peneguhan (latih tubi)

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru menyanyikan lagu ABC.
2. Guru dan murid menyanyikan lagu ABC.
- api..api..aaa..
- bola..bola..behbehbeh
- susu..susu..sss sss

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru meminta murid menyebut kembali nama huruf-huruf dalam terdapat lagu ABC.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru memasangkan belon yang dilekatkan abjad ( a, i, u, b, s, k) sambil memberitahu murid tentang pelajaran hari ini ialah menamakan, membunyikan dan membentukkan abjad ( a, i, u, b, s, k).

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
Langkah Pertama 1. Guru menunjukkan slaid powerpoint abjad ‘a’ kepada murid. 2. Guru memodelkan nama dan bunyi dalam bentuk nyanyian. Ini huruf a. Bunyinya ialah “a” seperti dalam api. 3. Guru menamakan abjad ‘a’ kepada murid 4. Guru membunyikan abjad ‘a’ kepada murid 5. Guru meminta murid untuk menyebut nama dan bunyi huruf ‘a’ 6. Guru mengulangi langkah ini untuk abjad ‘i , u, b, s, k’
Langkah Kedua
1. Guru mempamerkan kad pasir di hadapan murid. 2. Guru menyoal murid seperti: a. "Apa nama abjad ini?". b. "Bagaimanakah membunyikan abjad ini?". c. "Bagaimanakah membentuk abjad ini?". 3. Guru meminta setiap murid menjawab soalan guru. 4. Guru meminta murid mengikut bentuk abjad di kad pasir sambil membunyikan abjad tersebut. 5. Peneguhan diberikan murid yang berjaya menjawab soalan dengan betul. 6. Guru menyediakan bekas berisi pasir. 7. Guru membimbing murid membentuk abjad yang ditunjukkan. 8. Murid membentuk abjad sambil membunyikan abjad tersebut. 9. Murid membentuk abjad sambil menamakan abjad tersebut. 10. Murid memadankan nama, bentuk dan bunyi abjad tersebut.
Langkah Ketiga
1. Guru menyediakan buah dadu yang berwarna-warni 2. Murid diminta untuk membaling buah dadu 3. Guru meminta murid untuk padanan dengan menamakan dan membunyikan abjad yang terdapat pada bahagian atas buah dadu dengan belon. 4. Setiap murid mengambil giliran untuk membuat balingan dadu.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Membentuk abjad dengan cara yang betul di atas pasir 2. Mengecam bentuk abjad yang sama. 3. Memadankan abjad dengan bunyi yang betul (lisan).
Latihan Kendiri
Apabila murid telah berjaya menguasai perkaitan nama, bentuk dan bunyi, latihan lanjutan akan diberikan sebagai kerja rumah.

Penutup Pengajaran

1. Guru menyediakan kad kecil (a, i, u, b, s, k) yang semirip dengan sebenar dan ditunjukkan kepada murid. 2. Guru dan murid bersoal jawab mengenai pelajaran hari ini. 3. Guru dan murid menyanyikan lagu ABCD.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Guru akan mengajar tentang kemahiran membaca perkataan dengan abjad (a, i, u, b, s, k)
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 4690 kali