Diterbitkan Mengenal jenis-jenis pakaian mengikut situasi tertentu.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Pentadbiran ePKhas

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
1.4. Mengenal jenis-jenis pakaian mengikut situasi tertentu. 1.4.1. Uniform sekolah.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid akan belajar mengenal jenis-jenis pakaian mengikut tempat atau keadaan tertentu.
Objektif: 
1. Mengenalpasti jenis-jenis pakaian mengikut tempat atau keadaan tertentu. 2. Dapat membuat pilihan pakaian yang sesuai untuk sesuatu tempat.
Kemahiran Sedia Ada: 
Tahu kegunaan pakaian asas.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Murid melihat perbezaan di antara pakaian yang ditunjukkan dan dengan pakaian seragam sekolah. 2. Lekatkan pakaian seragam sekolah di papan putih. Bimbing murid mengenal pasti ciri-ciri utama pakaian berkenaan. 3. Letak label yang betul di sebelah pakaian. 4. Eja dan baca.
Bahan Bantu Mengajar: 
Gambar dan pakaian sebenar serta kad perkataan.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Murid di kehendaki mengasingkan pakaian mengikut kumpulannya seperti pakaian sekolah, pakaian sukan, pakaian kerja, pakaian harian. Bincang ciri persamaan dalam satu-satu kumpulan.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Murid di arahkan membanding beza jenis-jenis pakaian.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Jelaskan apa yang akan dipelajari iaitu kenal dan menamakan pakaian seragam sekolah.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menggunakan LCD untuk memaparkan pelbagai jenis pakaian seragam. 2. Murid menamakan jenis pakaian yang di pakai oleh seseorang. Contohnya,"Ini pakaian seragam polis, bomba, tentera, klinik kesihatan, pengawal keselamatan, telekom dan sebgainya".
Langkah Kedua
1. Guru membantu/ atau bimbing murid melihat perbezaan di antara pakaian yang ada dan dengan pakaian seragam sekolah. 2. Lekatkan pakaian seragam sekolah di papan putih. Bimbing murid mengenal pasti ciri-ciri utama pakaian berkenaan. Contohnya, "Baju warna putih, seluar atau kain warna biru, kasut dan stokin warna putih, tali pinggang, lencana, tali leher dan lain-lain". (Pakaian seragam murid sekolah rendah). 3. Letak label yang betul di sebelah pakaian. Eja dan baca. 4. Beri peneguhan sekiranya murid meletak label pada pakaian yang betul.
Langkah Ketiga
1. Guru tayang gambar-gambar pakaian seragam. 2. Murid/ atau guru namakan pakaian yang di lihat. 3. Murid di beri empat set gambar pakaian seragam termasuk pakaian seragam sekolah yang dicampuradukkan. 4. Murid di pinta mengasingkan gambar pakaian seragam sekolah. 5. Guru pantau apa yang murid lakukan. Sekiranya murid melakukan kesilapan, guru beri ‘pembayang’ dan bimbing murid secara lisan. 6. Murid sebut dan tunjuk gambar pakaian yang di pilih. Contohnya, "Baju kemeja putih dan lain-lain". 7. Beri ganjaran jika dapat membuat respon yang betul.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Murid di beri latihan secara latih tubi melabel dan menamakan pakaian seragam sekolah. 2. Guna "prompt" secara lisan jika perlu. 3. Murid di beri ganjaran pada setiap jawapan yang betul.
Latihan Kendiri
1. Menggunakan ‘power-point’ suaikan gambar pakaian dengan tempat atau situasinya. Contohnya, a. Gambar sekolah - pakaian seragam sekolah. b. Gambar balai polis - pakaian seragam polis. c. Gambar balai bomba - pakaian ahli bomba. d. Gambar van - pakaian pengawal keselamatan keselamatan. e. Lambang Telekom - pakaian seragam pekerja telekom. 2. Gambar dapat di suaikan sekiranya tepat dengan pakaian seragamnya. 3. Masa yang terpantas menyiapkan tugasan di kira pemenang.

Penutup Pengajaran

1. Mengulang kaji secara lisan menamakan pakaian seragam sekolah iaitu baju kemeja, balus, baju kurung, kain atau seluar (warna), lencana , kasut, stoking dan tali pinggang. 2. Guru memberikan maklum balik hasil pembelajaran.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Memberi pandangan tentang kesesuaian atau tidak kesesuaian sesuatu pakaian dalam majlis tertentu.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 13764 kali