Diterbitkan Mengenal, mengecam nama, bunyi dan bentuk huruf.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Mohamad Musa Eden & Shakila Basri

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
3.3. Mengenal dan mengecam bentuk dan bunyi pada simbol yang dilihat. 6.1. Mengenal, menekap, meniru bentuk huruf, suku kata dan perkataan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Mengenal, mengecam nama, bunyi dan bentuk huruf serta perkaitan ketiga-tiganya adalah merupakan isi pelajaran hari ini.
Objektif: 
Pada akhir pembelajaran diharap murid dapat: 1. Mengenal nama huruf yang ditunjukkan. 2. Mengenal bentuk huruf yang ditunjukkan. 3. Mengenal bunyi huruf yang ditunjukkan. 4. Mengaitkan nama, bentuk dan bunyi huruf yang ditunjukkan.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid telah diajar dan mengenali huruf vokal.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Murid diperdengarkan dengan lagu ABC. 2. Murid diminta mencari huruf vokal daripada lirik lagu yang dipamerkan. 3. Murid diberitahu tentang pelajaran hari itu. 4. Murid diminta untuk menamakan dan membunyikan huruf yang ditunjukkan. 5. Murid dibimbing untuk membentuk huruf di awangan. 6. Murid membentuk huruf dengan plastisin. 7. Murid merasa huruf daripada kad pasir atau bijian. 8. Murid membentuk huruf (pratulisan) pada kad tebuk. 9. Murid mencari huruf tersembunyi. 10. Murid memadankan huruf dengan gambar.
Bahan Bantu Mengajar: 
1. Power point interaktif. 2. Plastisin. 3. Lembaran kerja. 4. Kad huruf dan kad tebuk.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru mempamerkan lirik lagu di hadapan.

2. Guru dan murid menyanyikan lagu ABC.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Guru meminta murid menunjukkan huruf vokal yang ada pada lirik lagu. 2. Murid menyebut dan membunyikan huruf tersebut. 3. Guru membimbing murid membentuk huruf di awangan.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru menunjukkan kad gambar kepada murid. 2. Murid menyebut perkataan berdasarkan gambar dengan suara yang jelas. 3. Guru menerangkan bahawa pelajaran pada hari itu adalah berkenaan dengan huruf “a,b,k,I”.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru mempamerkan huruf di hadapan. 2. Guru menyoal murid dengan soalan berikut; a. "Apa nama huruf ini?". b. "Bagaimana bunyi huruf ini?". c. "Bagaimana bentuk huruf ini?". 3. Murid menjawab soalan guru. 4. Guru membimbing murid membentuk atau menulis di awangan.
Kad-kad huruf a,b,k dan i.

Huruf.

Kad-kad huruf a,b,k dan i.

Langkah Kedua
1. Guru mengedarkan plastisin. 2. Guru membimbing murid membentuk huruf yang ditunjukkan. 3. Murid akan menyebut dan membunyikan huruf semasa membentuk. 4. Guru mengedarkan kad huruf yang diperbuat daripada pasir atau bijian. 5. Murid diminta untuk menyentuh kad sambil menyebut huruf tersebut. 6. Guru mengedarkan kad tebuk. 7. Murid diminta untuk membentuk huruf mengikut kad tebuk sambil menyebut huruf tersebut.
Langkah Ketiga
1. Guru memainkan power point interaktif (rujuk power point interaktif). 2. Murid diminta mencari huruf-huruf tersembunyi. 3. Murid diminta memadankan huruf dengan gambar. 4. Murid diminta menaip huruf-huruf yang ditunjukkan. 5. Guru dan murid bermain permainan ABC (rujuk video).

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Membentuk huruf dengan cara yang betul di awangan. 2. Mewarnakan huruf. 3. Memadankan huruf dengan gambar.
Latihan Kendiri
Kerja rumah diberikan kepada murid yang telah menyelesaikan tugasan di dalam kelas dan telah dapat menulis dengan cara yang betul.

Penutup Pengajaran

1. Guru dan murid bersoal jawab mengenai pelajaran hari itu. 2. Guru dan murid menyanyikan lagu ABC.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid boleh cuba mencari perkataan yang mempunyai huruf–huruf yang telah dipelajari di dalam surat khabar.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 15069 kali