Diterbitkan Mengenal Nilai Nombor 1 hingga 5

Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Che Rahmah binti Ahmad Fauzi

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
2.1 Menamakan nombor. 2.3 Menentukan nilai nombor.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid di perkenalkan nombor 1 hingga nombor 5 dalam urutan yang betul.
Objektif: 
Pada akhir pelajaran murid boleh menyusun nombor dalam urutan yang betul.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid pernah membilang jari masing-masing bagi menentukan urutan nombor yang betul.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Murid di terangkan tentang urutan nombor ’1,2,3,4,5’. 2. Murid membilang mengikut urutan nombor ’1,2,3,4,5’. 3. Murid menyusun nombor ’1,2,3,4,5’ dengan objek.
Bahan Bantu Mengajar: 
1. Lembaran kerja. 2. Kad nombor. 3. Kad gambar. 4. Power point.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Murid diperdengarkan lagu "Si budak Hitam" dan menyanyi bersama-sama

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Murid di minta membilang nombor 1 hingga nombor 5 menggunakan jari.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Seorang murid di panggil ke hadapan dan murid lain di suruh membilang 1. 2. Seorang lagi murid di panggil ke hadapan dan murid lain di suruh membilang 2. 2. Seterusnya, seorang demi seorang murid di panggil ke hadapan sehingga bilangan 5 murid. 4. Murid kemudian membilang rakan-rakannya mengikut urutan sehingga 5. 5. Guru memperkenalkan pelajaran hari ini adalah membilang dalam urutan 1 hingga 5.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru mempamerkan kad yang menunjukkan sebiji coklat. Murid membilang coklat itu dengan menyebut 1. 2. Kemudian murid ditunjukkan kad yang mempunyai dua biji coklat. Murid membilang coklat tersebut dengan menyebut 2. 3. Seterusnya, murid ditunjukkan coklat yang ketiga dan murid membilang dengan suara yang kuat. 4. Murid ditunjukkan coklat yang keempat dan murid membilang dengan suara yang kuat. 5. Guru menunjukkan coklat yang kelima dan murid sekali lagi membilang kelima-lima coklat tersebut dengan suara yang kuat. 6. Akhir sekali guru menerangkan bahawa seseorang murid harus membilang dengan urutan seperti bilangan coklat yang di tunjuk. 7. Murid membilang sekali lagi sebagai pengukuhan kepada apa yang telah di pelajari.
gambar ini menunjukkan bilangan nombor 1-5

Membilang coklat 1-5

Gambar ini menunjukkan objek dan nilai nombor 1-5. Disediakan oleh Che Rahmah Ahmad Fauzi.

Langkah Kedua
1. Murid di tunjukkan slide power point yang menunjukkan objek dan simbol nombor. 2. Murid membilang objek tersebut bersama guru. 3. Murid menyatakan nombor yang di tunjukkan adalah simbol nombor kepada gambar yang di tunjukkan. 4. Murid di minta menjawab soalan yang di sediakan iaitu menyatakan jumlah bagi gambar yang di tunjukkan.
Langkah Ketiga
1. Guru melekatkan objek dalam bilangan satu di papan putih. 2. Murid di minta melekatkan objek dalam bilangan dua,tiga, empat dan seterusnya lima. 3. Kemudian, murid perlu memadankan nombor kepada jumlah objek yang betul.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Murid di tunjukkan cara memadankan nombor dengan objek pada lembaran kerja.
Latihan Kendiri
Murid membilang kembali objek yang di tunjukkan dalam urutan yang betul.

Penutup Pengajaran

Bersoal jawab tentang pengajaran yang berlangsung pada hari ini.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid boleh membilang apa-apa objek dari nombor 1 hingga nombor 5 dengan tepat.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 4667 kali