Diterbitkan Menjahit Jahitan Asas

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Khadijah Awaf

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
2. Jahitan 2.5 Menjahit jahitan asas 2.5.1 Jenis-jenis jahitan asas
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Hari ini murid akan belajar menjahit jahitan asas iaitu jahitan jelujur halus, jahitan jelujur kasar dan jahitan sembat.
Objektif: 
1. Pada akhir pengajaran murid boleh menjahit jahitan asas iaitu jelujur halus dan jelulur kasar yang juga di kenali sebagai jahitan sementara di atas kain dengan pemantauan guru. 2. Pada akhir pengajaran, murid akan dapat menjahit jahitan kekal iaitu jahitan sembat.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid boleh mengunting kain dan boleh memasukkan benang ke dalam lubang jarum.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Menggunting kain. 2. Memasukkan benang ke dalam jarum. 3. Menjahit jahitan jelujur halus dan jahitan jelujur kasar. 4. Menjahit jahitan sembat.
Bahan Bantu Mengajar: 
1. Jarum. 2. Benang. 3. Kain. 4. Gunting kain.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru menunjukkan beberapa barangan maujud seperti baju, tudung dan seluar.

2. Guru meminta murid menyebut nama-nama barangan tersebut.

3. Guru meminta pelajar melihat sama ada pakaian tersebut dalam keadaan elok atau sebaliknya. Bolehkah mereka memakainya? Perlukah kita buang? Dengan menjahit, pakaian masih boleh dipakai lagi.

4. Guru menguji murid dengan bertanya bagaimana jahitan tepi baju itu akan dapat di cantumkan
semula.

5. Murid memberikan jawapan mereka.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Guru memberikan setiap murid sebatang jarum dan benang lalu meminta mereka memasukkan benang itu ke dalam lubang jarum sambil di pantau oleh guru. 2. Guru meminta murid menyerahkan semula benang yang telah di masukkan ke dalam lubang jarum tadi. 3. Guru menerangkan kegunaan jarum dan benang adalah alatan asas untuk menjahit.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru memberitahu hari ini murid akan belajar dua jenis jahitan sementara yang di namakan jahitan jelujur halus dan jahitan jelujur kasar serta jahitan kekal iaitu jahitan sembat.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menerangkan terdapat pelbagai jenis jahitan dan menyebut pelbagai jenis jahitan asas. 2. Guru menunjukkan cara untuk menjahit jelulur halus dan jelulur kasar di hadapan murid. Guru menunjuk contoh sambil memberi penerangan. 3. Guru meminta murid membezakan antara jahitan jelulur halus dan jahitan jelulur kasar.
Langkah Kedua
1. Guru menerangkan kepada murid tentang peraturan yang mereka perlu di ikuti semasa berada di dalam bengkel dan peralatan yang akan di gunakan bagi memastikan keselamatan murid. 2. Guru mengedarkan peralatan yang akan di gunakan iaitu jarum jahit, benang, kain dan gunting. 3. Guru mengarahkan murid sekali lagi memasukkan sendiri benang ke dalam lubang jarum masing-masing. 4. Murid membuat jahitan jelulur kasar di atas kain yang telah di gunting sendiri oleh murid dengan pemantauan dan bimbingan daripada guru. 5. Murid membuat jelulur halus pula selepas menguasai jelujur kasar dengan pemantauan dan bimbingan guru.
Langkah Ketiga
1. Guru membimbing mereka untuk menjahit jahitan sembat pada bahagian yang telah di lipat dan telah di jahit dengan jahitan jelujur kasar tadi. 2. Guru memberi bimbingan kepada pelajar yang masih belum boleh menguasai jahitan jelujur. 3. Murid menunjukkan hasil kerja masing-masing.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Murid menjahit dengan bimbingan guru bagi mendapatkan teknik jahitan yang sebenar.
Latihan Kendiri
1. Murid memasukkan sendiri benang ke dalam lubang jarum. 2. Murid menggunting sendiri kain yang di gunakan untuk di jahit.

Penutup Pengajaran

1. Guru meminta murid memberitahu semula nama-nama jahitan yang telah mereka pelajari tadi. 2. Guru mengingatkan semula kepada murid tentang peraturan yang perlu mereka patuhi, semasa menggunakan peralatan untuk menjahit terutamanya jarum dan gunting.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid tahu kegunaan jahitan dalam kehidupan mereka.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 22073 kali