Diterbitkan Menyiasat Benda Hidup

Penulis: 
Mazlina binti Awang Alias dan Roziah binti Hamil

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
1. Hubungan manusia dengan alam sekeliling. 1.5 Mengetahui dan memahami kepentingan proses hidup. 1.5.1 Manusia, haiwan atau tumbuhan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Menganalisis tentang proses kitaran hidup haiwan. -Proses kitaran hidup rama-rama.
Objektif: 
Di akhir pelajaran, pelajar dapat menyebut satu persatu tentang kitaran hidup rama-rama menurut peringkat dengan betul. Pelajar juga dapat menyusun kitaran hidup rama-rama mengikut urutan yang betul.
Kemahiran Sedia Ada: 
1. Pelajar pernah melihat serangga seperti rama-rama, belalang dan lipas. 2. Pelajar telah mengetahui haiwan dalam kumpulan boleh beranak.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
Peringkat pertama, telur. Peringkat kedua, larva. Peringkat ketiga, pupa. Peringkat keempat, rama-rama.
Bahan Bantu Mengajar: 
1. Video. 2. Carta. 3. Gambar. 4. Kad perkataan atau kad imbasan. 5. Bahan bantu mengajar multimedia. 6. Lagu.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Guru menayangkan tayangan video kepada pelajar berkaitan dengan kitaran hidup rama-rama yang telah di rakam melalui http://www.youtube.butterflylifecycle.com

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Semasa menonton tayangan video, guru bertanya soalan untuk mengaitkan tayangan video tersebut dengan pengetahuan umum mengenai rama-rama.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru dan pelajar bersoal jawab tentang tayangan video berkaitan dan mengaitkan dengan isi pelajaran hari ini.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
Guru memaparkan carta kitaran hidup rama-rama kepada pelajar.
Langkah Kedua
Guru menerangkan kepada pelajar tentang peringkat-peringkat kitaran hidup rama-rama mengikut urutan yang betul berdasarkan gambar iaitu; a. Peringkat pertama, telur. b. Peringkat kedua, larva. c. Peringkat ketiga, pupa. d. Peringkat keempat, rama-rama.
Langkah Ketiga
1. Guru bersoaljawab dengan pelajar berdasarkan peringkat-peringkat yang terdapat dalam kitaran hidup rama-rama. Contoh soalan adalah seperti berikut; a."Ini gambar apa?". b. "Ini peringkat ke berapa?". 2. Pelajar menyebut semula nama-nama peringkat kitaran hidup rama-rama. (Pada pelajaran yang akan datang, guru akan lebih menerangkan mengenai ciri-ciri setiap kitaran).

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Guru menunjukkan gambar dan meminta pelajar menyebut nama peringkat kitaran hidup rama-rama. 2. Guru membahagikan pelajar kepada tiga kumpulan kecil. Setiap kumpulan di beri satu sampul yang mengandungi kad bergambar dan kad perkataan. 3. Guru meminta pelajar menyusun gambar dan kad perkataan mengikut urutan di dalam kumpulan masing- masing. 4. Guru meminta pelajar datang ke hadapan dan memilih dan melekatkan gambar serta kad perkataan berdasarkan urutan kitaran hidup rama-rama yang betul. Guru membimbing pelajar dalam semua aktiviti ini.
Latihan Kendiri
1. Pelajar membuat aktiviti pengukuhan menerusi bahan bantu mengajar multimedia yang telah di sediakan. 2. Pelajar boleh membuat pilihan untuk membuat latihan sama ada untuk latihan A, B atau C. a. Aktiviti A – Aras Mudah -Pelajar di minta membuat latihan dengan meletakkan nombor pada gambar mengikut urutan yang betul. b. Aktiviti B – Aras Sederhana -Pelajar di minta melengkapkan kitaran hidup rama-rama dengan betul berdasarkan gambar yang di beri. c. Aktiviti C – Aras Sukar. -Pelajar diminta membaca penyataan yang disediakan. Pelajar diminta memadankan gambar yang betul dengan penyataan yang diberi. Guru memberi bimbingan kepada pelajar dalam menyelesaikan aktiviti ini.

Kitaran hidup rama-rama

Powerpoint yang menunjukkan kitaran hidup rama-rama. Disediakan oleh Mazlina binti Awang Alias dan Roziah binti Hamil. Disyarahkan oleh Dr.Lee Lay Wah.

Penutup Pengajaran

1. Guru memaparkan lirik lagu rama-rama melalui slaid kepada pelajar. 2. Guru memperdengarkan lagu berserta gerakan badan kepada pelajar yang mirip penerbangan rama-rama. 3. Pelajar menyanyikan lagu secara beramai-ramai sambil melakukan gerakan badan yang di bimbing oleh guru. 4. Guru dan pelajar sama-sama menyanyikan lagu tersebut berserta gerakan badan.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Guru membawa mereka ke taman sekolah dan mengadakan permainan untuk mencari telur, larva, pupa atau rama-rama. Sebelum ke taman, guru memberi arahan untuk tidak merosakkan benda yang di cari, tetapi hanya untuk melihat sahaja.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 7353 kali