Diterbitkan Nombor Bulat.

Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Aras:
Domain:
Penulis: 
Tan Ai Luan.

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
A) Kumpulan sederhana. 2.1 Menamakan nombor sebelas hingga tigabelas. 2.2 Membilang nombor sebelas hingga tigabelas. 2.4 Menulis nombor sebelas hingga tigabelas. B) Kumpulan lemah 2.1 Menamakan nombor satu hingga tiga. 2.2 Membilang nombor satu hingga tiga. 2.4 Menulis nombor satu hingga tiga.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
1. Bagi kumpulan sederhana, murid akan menamakan, membilang dan menulis nombor sebelas hingga nombor tigabelas. 2. Manakala, kumpulan lemah pula murid akan menamakan, membilang dan menulis nombor satu hingga nombor tiga.
Objektif: 
A) Kumpulan sederhana 1. Menamakan dua daripada tiga kumpulan pembilang mengikut nilainya dengan betul. 2. Memadankan nombor dengan kad angka dua daripada tiga dengan betul. 3. Menulis nombor sebelas hingga nombor duabelas dengan cara yang betul.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid sudah dapat menama, membilang dan menulis nombor satu hingga sepuluh.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Murid melihat objek buah yang guru tunjukkan. 2. Menyebut nama nombor mengikut urutan secara lisan iaitu nombor satu hingga nombor tiga. 3. Menamakan dan menentukan nilai nombor satu hingga nombor tiga dengan cara membilang. 4. Menamakan kumpulan-kumpulan pembilang mengikut nilainya. 5. Padankan kad angka dengan kumpulan pembilang. 6. Aktiviti Permainan "buang dadu". a) Kumpulan sederhana akan buang dadu untuk menentukan nama nombor. b) Kumpulan lemah akan sebut dan meletakkan pembilang di tepi dadu. 7. Aktiviti pengayaan dan pemulihan (lembaran kerja). 8. Memadankan kad gambar dengan kad angka.
Bahan Bantu Mengajar: 
Bahan-bahan konkrit seperti gula, jelly, kad angka dan dadu.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru menunjukkan objek buah oren dan epal.

2. Guru memberi rangsangan kepada murid untuk menjawab soalan guru.

3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang buah-buahan tersebut iaitu;

a) "Adakah kamu pernah makan oren?".

b) "Apakah warna epal?".

c) "Ada berapa biji epal di meja ini?".

4. Murid memberikan jawapn berikut;

a) "Ya".

b) "Merah".

c) "Satu".

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru mengarahkan semua murid membilang nombor satu hingga nombor sepuluh menggunakan jari masing-masing.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1.Murid diminta tepuk tangan dan menyebut nombor mengikut urutan satu hingga tiga secara lisan dengan betul dan jelas. 2. Aktiviti ini dilakukan secara berulang-ulang sehingga murid dapat mengingat urutan nama nombor. 3. Guru memberitahu murid tajuk pelajasran hari ini berkaitan dengan nombor bulat.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1.Guru meletakkan satu pembilang dan sebut ”satu“ kemudian tanya murid berapa objek itu. 2.Guru letakkan satu lagi pembilang dan sebut ”dua“ kemudian tanya murid "Ada berapa sekarang?". 3.Guru mengulangi banyak kali dengan objek lain seperti jelly, gula-gula dan sebagai.
Langkah Kedua
1. Guru membilang satu, dua sambil menyentuh pembilang. 2. Guru modelkan sentuhan objek semasa membilang dengan sebutkan nama dan aksi menunjuk. Kemudian, guru tanya "Berapa?". 3. Guru membimbing murid untuk menyentuh objek semasa membilang. 4. Murid sebutkan nama nombor sambil gerakan jari dari satu objek ke satu objek semasa membilang. 5. Langkah ini diulangi beberapa kali sehingga murid dapat membilang dan menyebut nama dengan betul dan tepat.
Langkah Ketiga
1. Guru menunjukkan kad angka dan membimbing murid sebut nama nombor. 2. Guru menyuruh murid sebut nama nombor serta menulis angka di atas angin, papan nombor untuk membantu murid mengenal bentuk nombor tersebut. 3. Guru menayangkan kad angka secara rawak dan menyuruh murid sebut nama nombor tersebut. 4. Murid membilang kumpulan pembilang serta memadankan nilai dengan simbolnya. 5. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan. 6. Murid menjalankan aktiviti permainan dengan bimbingan guru. 7. Kumpulan yang menang akan mendapat hadiah.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1) Guru memberi lembaran kerja kepada murid yang lemah. 2) Guru menjalankan aktiviti pengayaan dengan kumpulan sederhana. 3) Guru membimbing kumpulan sederhana membilang dan menyebut nombor sebelas hingga nombor tigabelas. 4) Murid sederhana menulis nombor sebelas hingga nombor tigabelas. 5) Murid lemah menulis nombor satu hingga tiga.

Penutup Pengajaran

1. Murid diminta membilang objek yang ada pada kad gambar. 2. Kemudian, memadankan kad gambar dengan kad angka. 3. Murid yang berjaya melakukan aktiviti ini akan diberikan hadiah sebagai peneguhan.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid boleh kenal nama-nama nombor bulat dan jumlah nombor tersebut serta dapat memlakukan operasi tambah dengan betul.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 4298 kali