Diterbitkan Nombor Bulat

Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Aras:
Domain:
Penulis: 
Tan Ai Luan

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
A) Kumpulan Cergas 2.1 Menamakan nombor sebelas hingga nombor limabelas. 2.2 Membilang nombor sebelas hingga nombor limabelas. 2.4 Menulis nombor sebelas hingga nombor limabelas. B) Kumpulan Sederhana 2.1 Menamakan nombor satu hingga nombor lima. 2.2 Membilang nombor satu hingga nombor lima. 2.4 Menulis nombor satu hingga nombor lima. C) Kumpulan Lemah 2.1 Menamakan nombor satu dan nombor dua. 2.2 Membilang nombor satu dan nombor dua. 2.4 Menulis nombor satu dan nombor dua.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Menamakan, menyebut, memadankan dan menulis nombor bulat.
Objektif: 
A) Kumpulan Cergas 1. Menamakan dua daripada empat kumpulan pembilang mengikut nilainya dengan betul. 2. Menyebut, membilang dan menulis nombor sebelas hingga limabelas dengan cara yang betul. B) Kumpulan sederhana 1. Menamakan tiga daripada lima kumpulan pembilang mengikut nilainya dengan betul. 2. Memadankan tiga daripada lima nombor dengan kad angka dengan betul. C) Kumpulan Lemah 1. Menamakan satu daripada dua kumpulan pembilang mengikut nilainya dengan betul. 2. Menulis nombor satu dan nombor dua dengan cara yang betul.
Kemahiran Sedia Ada: 
A) Kumpulan Cergas -Murid boleh menama, membilang dan menulis nombor satu samapai nombor sepuluh. B) Kumpulan Sederhana -Murid boleh menama dan membilang nombor satu hingga nombor tiga. C) Kumpulan Lemah -Murid boleh menyebut nombor satu hingga nombor tiga.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
A) Kumpulan Cergas 1. Permainan (membentuk gambar). 2. Sebut dan membilang nombor sebelas hingga nombor limabelas. 3. Mewarnakan gambar nombor sebelas hingga nombor limabelas. B) Kumpulan Sederhana 1. Membilang nombor satu hingga nombor lima. 2. Permainan (memadankan kad angka dengan kad gambar). C) Kumpulan Lemah 1. Membilang nombor satu dan nombor dua. 2. Permainan (Puzzle).
Bahan Bantu Mengajar: 
Bahan-bahan konkrit, kad angka dan kad gambar.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru meletakkan kad nombor satu hingga nombor lima yang besar di atas lantai.

2. Seorang murid keluar ke hadapan untuk membuang dadu dan menentukan nama nombor.

3. Manakala, murid lain mencari kad nombor besar tersebut.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Guru melukis bentuk nombor 1 dan nombor dua di udara lalu meminta murid mengikut gaya guru tadi. 2. Kemudian, guru bertanya kepada murid "Apa bentuk yang kamu lukis di udara tadi?".
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru memberitahu hari ini, murid akan menyambung pelajaran minggu lepas iaitu nombor bulat. 2. Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan mengikut tahap pencapaian masing-masing.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
A) Kumpulan Cergas 1. Guru minta murid menyebut nombor mengikut urutan satu hingga limabelas secara lisan dengan betul dan jelas. 2. Murid menyambung titik-titik dari nombor satu hingga nombor limabelas untuk membentuk satu ganbar. 3. Guru minta murid sebutkan nama objek yang terdapat dalam gambar tersebut. 4. Murid mewarnakan gambar tersebut. B) Kumpulan Sederhana 1. Guru minta murid membilang dan menyebut nombor satu hingga nombor lima. 2. Murid membilang dan membulatkan jawapan yang betul. 3. Murid mewarnakan gambar tersebut. C) Kumpulan Lemah 1. Guru meletakkan satu pembilang dan sebut ”satu” kemudian tanya murid, "Berapa objek itu?". 2. Guru letakkan satu lagi pembilang dan sebut “dua” kemudian tanya murid, "Ada berapa sekarang?". 3. Guru menunjukkan kad angka dan membimbing murid sebut nama nombor. 4. Murid diminta menyebut nama nombor serta menulis angka di atas angin dan meja. 5. Guru menayangkan kad angka secara rawak dan menyuruh murid sebut nama nombor tersebut.
Langkah Kedua
A) Kumpulan Cergas 1. Guru minta murid membilang dan menyebut nombor tersebut. 2. Murid menyebut, membilang dan menulis nombor sebelas hingga limabelas dengan cara yang betul. 3. Murid mewarnakan gambar nombor sebelas hingga limabelas tersebut. B) Kumpulan Sederhana 1. Guru membimbing murid untuk menyentuh objek semasa membilang. 2. Murid sebutkan nama nombor sambil gerakan jari dari satu objek ke satu objek semasa membilang. 3. Guru menunjukkan kad angka dan membimbing murid sebut nama nombor. 4. Murid diminta menyebut nama nombor serta menulis angka di atas angin. 5. Murid memadankan kad angka dengan kumpulan pembilang. C) Kumpulan Lemah 1. Guru minta murid susun kacang hijau untuk membentuk nombor satu dan nombor dua. 2. Murid diminta gamkan kacang hijau tersebut untuk membentuk nombor satu dan nombor dua.
Langkah Ketiga
A) Kumpulan Cergas 1. Guru membimbing murid untuk menyentuh objek semasa membilang. 2. Murid sebutkan nama nombor sambil gerakan jari dari satu objek ke satu objek semasa membilang. 3. Guru menunjukkan kad angka dan membimbing murid sebut nama nombor. 4. Murid diminta menyebut nama nombor serta menulis angka di atas angin. 5. Murid memadankan kad angka dengan kumpulan pembilang. B) Kumpulan Sederhana 1. Guru minta murid menyebut nombor mengikut urutan nombor satu hingga nombor lima secara lisan dengan betul dan jelas. 2. Murid memadankan kad angka dengan kumpulan pembilangnya. 3. Murid menampalkan kad angka dan kad gambar di atas sekeping kad manila. C) Kumpulan Lemah 1. Guru minta murid menyebut nombor secara lisan dengan betul dan jelas. 2. Murid menulis nombor dua dengan cara yang betul.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Guru menunjukkan kad angka dan membimbing murid sebut nama nombor. 2. Guru membimbing murid untuk menyentuh objek semasa membilang.
Latihan Kendiri
1. Murid gamkan kacang hijau untuk membentuk nombor satu dan nombor dua. 2. Murid susun kacang hijau untuk membentuk nombor satu dan nombor dua. 3. Murid diminta menyebut nama nombor serta menulis angka di atas angin. 4. Murid memadankan kad angka dengan kumpulan pembilangnya. 5. Murid menampalkan kad angka dan kad gambar di atas sekeping kad manila. 6. Murid menyebut nombor secara lisan dengan betul dan jelas.

Penutup Pengajaran

Guru menayangkan kad angka secara rawak dan menyuruh murid sebut nama nombor tersebut.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid dapat mengenal nombor bulat dengan baik dan dapat melakukan operasi tambah.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 4779 kali